ANAK kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof, 9, terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Mak Cun musim kelima pada Khamis. Berita itu dikongsi oleh penerbit Erma Fatima yang sebelum itu ada memuat naik foto kejadian di Instagram miliknya. Menurut Erma, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu, kereta Toyota Vios yang dipandu ibu saudaranya bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan. ARTIKEL BERKAITAN: “Benda dah lepas, biarkan ia berlalu” - Pengarah drama 'Bukan Cinta Aku' mengaku silap, terlepas pandang "Zareef iaitu anak kepada Eizlan dan pemandunya ada dalam kenderaan semasa perjalanan ke set shooting Mak Cun di Kuala Selangor. Erma berkongsi keadaan semasa kemalangan di Instagram. "Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan. "Semasa kejadian saya juga dalam perjalanan dan terkejut melihat ada kemalangan dan tak sangka mereka yang berada dalam kenderaan itu," katanya kepada mStar. Sementara itu, Erma memberitahu kesemua mangsa terlibat berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Zareef bersama Erma di set penggambaran drama Mak Cun. "Alhamdulillah semuanya selamat, tiada sebarang kecederaan dan baik-baik sahaja. "Bagaimanapun, mereka tetap dibawa ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Erma berkata mereka akan meneruskan penggambaran Mak Cun seperti biasa memandangkan hari ini merupakan hari terakhir penggambaran.