suria

“Maaf jika tersinggung… seronok menari sampai lupa diri” - Aksi lincah Sherry Alhadad dikritik

Sherry terlalu bersemangat menari sehingga terlupa diri.

AKSI lincah Sherry Alhadad dalam program Drop The Beat Extra yang bersiaran di TV3 pada pertengahan Jun lalu menerima kritikan apabila tariannya dianggap keterlaluan dan tidak sopan. 

Menurut Sherry, 34, apa yang dilakukan itu semata-mata mahu menjayakan permainan perang bibir (lip sync battle) sebaik mungkin dan tidak menyangka ia mengundang kecaman netizen.

"Saya ni pelakon teater dan kebanyakan benda memang kena exaggerate atau berlebih-lebihan sampai saya jadi lupa diri semasa menari tu.

ARTIKEL PENUH: “Doktor beri saya masa tiga tahun sahaja” - Sherry Alhadad

"Sejujurnya saya memang obses dengan program lip sync begini, lagi pula sudah dua tahun saya kalah dengan kumpulan lelaki.

"Tahun ini saya tak kira, kita mesti menang hadiah sampai terlupa diri sebab terlalu seronok. Itu fasal naik sheikh tu!," katanya kepada mStar.

Barisan pelakon telefilem komedi berjudul Geng bakal bersiaran pada 18 Julai ini.

Sherry ditemui semasa tayangan perdana telefilem Geng yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Drop The Beat Extra dikendalikan oleh Sherry bersama Dennis Yin itu turut menampilkan Aman Ra dan Sean Lee mewakili kumpulan lelaki berentap dengan kumpulan wanita iaitu Nabila Huda dan Ernie Zakri diketuai oleh Sherry.

Bagi pusingan akhir, Sherry menunjukkan bakat tarian menerusi lagu Don’t Stop Me Now nyanyian asal Queen sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton di studio.

Saya memang tak ada niat lain, hanya nak hiburkan penonton sahaja

SHERRY ALHADAD

Pelakon

Sementara itu, pengacara program Big Stage ini memohon maaf jika ada penonton yang tersinggung dengan tariannya itu.

"Saya memang tak ada niat lain, hanya nak hiburkan penonton sahaja dan isu ini tak ada apa yang nak diperbesarkan.

"Saya minta maaf jika ada yang tersinggung!," ujarnya.

Geng mengangkat nilai persahabatan dan menonjolkan kekuatan seorang wanita.

Dalam perkembangan lain, Sherry yang menjayakan telefilem Geng memberitahu ia merupakan naskhah sulungnya selaku penerbit dalam produksi Perempuan Productions.

"Saya dan dua lagi rakan kongsi iaitu Shamaine Othman dan Farah Rani bermula sebagai pelakon teater dan kami selalu pentaskan kisah perempuan yang sering menjadi mangsa keadaan.

"Kali ini kita cuba bagi idea pada pihak Astro dan mereka bersetuju untuk hasilkan telefilem ini. Kiranya ini adalah my first baby... saya sangat berpuas hati dan tak sabar menanti maklum balas penonton," ujarnya.

Selain Sherry, Geng turut dibintangi oleh Lisa Surihani, Nadiya Nisaa, Hisham hamid, Alif Satar dan Fatimah Abu Bakar.

Telefilem arahan Umi Salwana Omar ini akan bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 18 Julai ini.

Sherry Alhadad

Artikel Lain