suria

“Dari hari pertama datang set, dia tanya macam mana nak menang anugerah” - Erma Fatima puji kesungguhan anak Eizlan Yusof mahu jadi pelakon terbaik

Erma menganggap Zareef seperti anaknya.

PENERBIT dan pengarah Erma Fatimah memuji lakonan anak kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof yang bersemangat untuk bergelar pelakon yang baik.

Menerusi Instagram Erma berkata Zareef, 9, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hadiah yang disediakan kepada pelakon kanak-kanak terbaik sepanjang penggambaran drama Mak Cun musim kelima.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Eizlan Yusof terbabit kemalangan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran 'Mak Cun'

"Dari hari pertama dia datang set, dia tanya macam mana nak dapat anugerah. Aku cakap kena berlakon bagus-bagus dapat sekali rakam saja.

"Setiap hari dia kumpul shot yang boleh dapat one take. Sampai hari terakhir penggambaran dia dapat 85 shot dirakam hanya sekali.

Zareef mewarisi bakat lakonan bapanya, Eizlan.

"Dia cuak sebab aku kata kena ada 100 kali ambil baru aku akan bagi anugerah tu. Dia memang nak sangat-sangat anugerah tu tapi aku sebak dia peluk aku dulu baru ambil anugerah. Mana tak sayang dia," katanya.

Erma memuat naik video dia memberikan penghargaan kepada Zareef selepas selesai penggambaran drama tersebut menerusi laman Instagram.

Baru-baru ini, Zareef terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama tersebut pada Khamis lalu.

Erma bagaimanapun memberitahu, kesemua mangsa terlibat dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Lain