suria

Kesibukan kerja punca Aidil Aziz belum sempat bawa Fasha Sandha berbulan madu

Aidil rancangan nak bawa Fasha berbulan madu di sebuah pulau yang dirahsiakan lokasi.

PELAKON Aidil Aziz memberitahu dia belum berkesempatan untuk membawa isterinya, Fasha Sandha berbulan madu sejak mereka berkahwin pada 30 Mac lalu.

Menurut Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 31, dia ada perancangan untuk berbulan madu di sebuah pulau yang dirahsiakan lokasi dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kisah apa orang nak kata, usia ini memang ada risiko untuk hamil” - Fasha anggap belum rezeki dikurniakan cahaya mata

"Saya cuma bercuti selama seminggu sahaja untuk bernikah dan majlis resepsi sebelum menyambung semula penggambaran.

"Sejujurnya saya dan Fasha belum berkesempatan untuk berbulan madu sejak kami bernikah. Sebelum ini memang ada bercuti di Langkawi tapi itu percutian bersama keluarga.

Aidil dan Fasha akan berbulan madu dalam masa terdekat.

"Tapi Insya-Allah saya memang ada perancangan untuk bawa dia berbulan madu di sebuah pulau dalam masa terdekat," kata Aidil kepada mStar.

Selepas mendirikan rumah tangga pada Mac lalu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, mengumumkan dirinya sedang hamil pada Mei lalu.

Namun, rezeki tidak berpihak pada mereka apabila Fasha disahkan mengalami keguguran pada awal Januari lalu.

Menerusi laporan mStar pada 30 Jun lalu, Fasha memberitahu dia akan lebih berhati-hati sekiranya diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.

Aidil bersama keluarga tercinta.

Dalam pada itu, Aidil turut berkongsi kehidupan dia selepas mendirikan rumah tangga bersama pelakon drama Syurga Yang Kedua.

Kata Aidil, dia tidak dapat mengawal nafsu makan dan sentiasa meminta untuk menambah nasi disebabkan isterinya pandai memasak.

"Sejak kahwin ini, susah juga saya nak jaga makan sebab Fasha selalu masak sedap. Walaupun dia dah letak nasi sikit tapi saya tetap akan minta tambah nasi.

"Tapi sekarang ini, Fasha pun dah selalu juga mengikut saya bersenam dan kadang-kadang kami ada pergi berjoging di kawasan perumahan," ujarnya.

Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel Lain