suria

“Jangan salah sangka, kami sepupu” - Wanita jelaskan hubungan dengan Aliff Aziz

Wanita yang dikenali sebagai Tika Sheikh memeberitahu Aliff adalah sepupunya.

WANITA cantik dalam foto yang dikongsi penyanyi Aliff Aziz di laman sosialnya pada Ahad iaitu Tika Shiekh tampil menjelaskan bahawa dia adalah sepupu kepada penyanyi itu.

Tika yang membalas komen netizen di Instagram berkata, dia bimbang hubungan dengan Aliff disalah tafsir netizen sehingga mencetuskan spekulasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz kongsi foto bersama wanita cantik, netizen 'cucuk' Bella Astillah “Saya okey jer, tak kisah pun”

"Sis, saya lagi risau kalau orang salah anggap. Saya dengan dia sepupu. Jangan risau sangat ya sis... I love you too thank you," ujarnya ketika menjawab komen seorang netizen.

Tika membalas komen netizen yang bimbang melihat dia dengan Aliff kerap bersama.

Foto penyanyi Aliff Aziz bersama seorang wanita yang dimuat naik di Instastory pada malam Ahad menjadi perhatian netizen.

Malah, ramai yang menghantar foto tersebut kepada bekas isterinya, Bella Astillah dengan tujuan mencetuskan provokasi.

Rata-rata netizen juga beranggapan wanita tersebut merupakan kekasih baharu penyanyi kelahiran Singapura itu.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, menerusi laman Instastory memberitahu dia tidak kisah mengenai foto tersebut memandangkan hubungannya dengan Aliff sudah berakhir.

Bella mendedahkan dia ada terima beberapa mesej netizen menghantar foto bekas suaminya dengan seorang wanita.

Nama Aliff Aziz menjadi perbualan hangat netizen apabila dia sering dikaitkan dengan isu curang selepas beberapa kali kantoi dengan wanita lain.

Gara-gara isu curang yang tidak berkesudahan itu, Aliff dan Bella akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 16 Mei lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Artikel Lain