suria

“Emak dan keluarga saya tertekan” - Fizo Omar perjelas isu 'anak emak', hubungan Mawar dan ibu tiada masalah

Fizo bersama ibu dan bekas isterinya Mawar serta anak mereka Wan Maryam.

PELAKON Fizo Omar memberitahu komen-komen negatif netizen yang mengaitkan ibunya Hasnah Jidin, 59, sebagai punca perpisahan dengan bekas isteri Mawar Abdul Karim memberi tekanan kepada keluarga.

Fizo menerusi program Melodi pada Ahad memberitahu, kenyataan bekas isterinya yang kurang jelas membuatkan netizen mula membuat spekulasi yang tidak benar berkaitan keruntuhan rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar ceraikan Mawar talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya korbankan kasih sayang untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga” - Mawar mahu bercerai bukan sebab harta atau orang ketiga

"Bila kenyataan saya dan Mawar dimanipulasi mereka mula salahkan keluarga Mawar dan keluarga saya.

"Kenyataan Mawar kurang jelas dan saya tidak pasti apa yang ingin disampaikan. Tapi saya percaya dia orang yang baik dan tidak akan burukkan mak mentua sendiri" 

"Ada yang kata saya anak emak, isu anak emak sudah berbelas tahun, saya jaga emak dan adik-adik sejak arwah bapa meninggal," ujarnya.

Pasangan ini berkahwin pada November 2013.

Fizo melafazkan cerai terhadap isterinya Mawar Abdul Karim pada Rabu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Bagaimanapun, kenyataan Mawar bahawa dia terpaksa mengorbankan kasih sayang demi kebahagiaan Fizo sekeluarga menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

Dalam pada itu, Fizo memberitahu ibu dan keluarganya terjejas akibat komen negatif netizen yang membuat spekulasi bahawa keluarganya punca perpisahan itu.

Malah, Fizo menafikan perpisahan tersebut akibat campur tangan daripada keluarga masing-masing.

"Tindakan dan komen negatif netizen membuatkan ibu saya dan keluarga menjadi mangsa.

"Secara jujur, buat masa ini dia ada sedikit tekanan emosi. Sudah-sudah lah tu kalau sayangkan hubungan saya dan Mawar doakan yang baik-baik," ujarnya.

Menafikan hal itu, Fizo berkata hubungan mereka dengan keluarga masing-masing dalam keadaan baik terutamanya berkaitan urusan anak Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

"Hubungan Mawar dengan ibu saya baik dan mereka juga baru sahaja berjumpa. Begitu juga saya dan keluarga Mawar baik-baik sahaja," ujarnya.

Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 2.

Fizo Omar, Mawar

Artikel Lain