suria

“Ini masa sesuai, umur pun dah layak” - Erra Fazira tunai haji sendirian tanpa mahram

Erra teruja untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Foto: AZLINA ABDULLAH

SETELAH hampir lima tahun menyimpan hasrat, akhirnya pelakon Erra Fazira berpeluang dijemput menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Menurut Erra, 45, dia akan terbang ke Makkah pada awal bulan Ogos ini dan akan berada di sana sendirian selama dua minggu.

"Dah lama... lima tahun saya simpan hasrat dan ada syarat-syarat perlu dipatuhi, tahun ini masa sesuai tambahan pula usia pun dah layak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan” - Erra Fazira reda hubungan cinta dengan Shahir berakhir

ARTIKEL BERKAITAN: “Berduka atau tidak itu adalah cerita saya” - Erra menyesal

"Alhamdulillah akhirnya saya dipanggil ke sana. Ini kali pertama saya tunaikan haji, saya pergi seorang diri... maklumlah tak ada mahram," katanya kepada mStar.

Erra Fazira dan Wany Hasrita dilantik menjadi duta kepada produk kosmetik Aliff Syukri Legacy.

Pelakon filem Wangi ini ditemui semasa majlis pelancaran produk Aliff Syukri Legacy yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Erra berkata dia berasa gementar dan dalam masa sama teruja untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Bagi memantapkan pemahaman mengenai agama, dia turut menghadiri kelas sebagai persediaan sebelum mengerjakan ibadah tersebut.

Erra bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida (kanan sekali).

"Sejujurnya gementar juga tapi dalam masa sama teruja, tak sabar. Iyalah benda baik kan... perjalanan saya dengan tuhan.

"Saya ada hadiri kelas berkaitan haji, bertanya dengan orang yang pernah pergi dan banyakkan membaca. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan," katanya.

Erra Fazira

Artikel Lain