suria

“Beratus-ratus lipas muncul, bilik air berkulat” - Zoey Rahman serik jadi mangsa penyewa warga asing pengotor

Zoey terkejut melihat bilik dipenuhi dengan lipas yang sudah mati.

ISU penyewa pengotor bagaikan tidak berkesudahan hingga kadang-kala menimbulkan rasa serik dalam kalangan pemilik rumah.

Pelbagai cerita-cerita kurang enak juga sering dikongsikan di media sosial mengenai sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Pelakon Zoey Rahman juga tidak terkecuali berhadapan nasib sama apabila menjadi mangsa warga asing selepas rumah yang disewa mereka ditinggalkan dalam keadaan kotor selain dipenuhi lipas.

Menurut Zoey, 34, dia tidak menyangka keadaan rumahnya boleh menjadi demikian memandangkan penyewa tersebut sebelum ini sudah menaburkan 'janji manis' untuk menjaga dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana, Zoey Rahman bergegas lari ketika berlaku gempa bumi

"Kim** betul la. Serik dah bagi sewa rumah dekat warga asing. Hati siapa tak sakit apabila tengok rumah kau rosak teruk sebab penyewa tak pandai jaga.

Zoey berkongsi video keadaan bilik air yang sudah berkulat dan dipenuhi dengan rambut.

"Mula-mula beria cakap akan jaga rumah elok-elok. Akhirnya hancur rumah aku!!! Huh... Panas hati. Kalau nak sewa, jagalah elok-elok, inikan amanah.

"Bayangkan sampah makanan merata-rata, beratus-ratus lipas muncul, bilik air berkulat dan penuh dengan rambut... pitam," tulis Zoey menerusi laman Instagram.

Menerusi posting itu Zoey berkongsi video keadaan rumahnya yang terletak di Cheras mengalami beberapa kerosakan selain bilik dipenuhi lipas yang sudah mati.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, Zoey meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap penyewa yang tidak tahu menjaga harta orang lain.

Keadaan rumah selepas disewakan kepada warga asing.

Rata-rata netizen di laman sosialnya turut terkejut melihat keadaan rumah yang terlalu kotor.

"Ini teruk tahap gaban. Memang tak la aku nak sewakan rumah aku nanti kat orang. Biar rumah tu berhantu pun tak apa tak ada penghuni dari bagi manusia yang bod** macam haiwan duduk rumah aku.

"Eee kotor... Kami sewa rumah flat PKNS saja pun kami jaga rumah ni elok-elok. Cat baru rumah kami, walaupun sewa rumah orang jagalah seperti rumah sendiri.

"Serius la... euwww kotornya. Kalau macam ini saya pun boleh pitam juga. Tak selera nak makan aduhhh," komen beberapa netizen di laman sosial.

Zoey Rahman

Artikel Lain