suria

Peminat beri salam nak tengok payudara Fatin Afeefa, netizen gelar ini “jenis 'pervert' patuh syariah”

Fatin lucu membaca mesej lucah seorang individu yang tidak dikenali menyatakan hasrat melihat tubuhnya. Foto Instagram @fatinafeefa

ISU selebriti diganggu dengan pelbagai mesej pelik termasuk berbaur lucah di laman sosial bukanlah sesuatu yang pelik.

Namun lain pula yang dialami Fatin Afeefa apabila dia didekati seorang pengguna media sosial dengan ucapan salam sebelum meminta pelakon dan penyanyi itu berkongsi foto alat sulitnya.

Fatin atau nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin, 25, memuat naik paparan skrin mesej peribadi (direct message) daripada individu berkenaan di Twitter pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa serik kahwin lagi, tak suka 'terikat'... “Saya tak fikir anak-anak perlu kasih sayang ayah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Luahan nak mati kerana terlalu penat bekerja” – Fatin Afeefa

"Assalamualaikum... boleh tak tunjuk buah dada," tulis netizen.

Bercakap kepada mStar, Fatin yang mula dikenali menerusi filem Tentang Bulan berkata dia kerap menerima mesej seperti itu namun menganggap ia hanyalah usikan nakal peminat.

Perkongsian Fatin di laman Twitter menarik perhatian pengikut.

Menurut Fatin, perkongsiannya itu bukanlah berniat untuk memalukan individu tersebut, sebaliknya tertarik apabila mesej itu dimulakan dengan ucapan salam.

"Sebenarnya mesej lucah itu bukan kali pertama, sebelum ini pun banyak mesej lucah saya terima di laman sosial tapi tak kongsi sebabnya terlalu memalukan dan tidak sopan.

"Cumanya kali ini saya berasa lucu dengan cara individu itu memulakan permintaan pelik dengan memberi salam, jarang berlaku.

Saya pernah berdepan dengan peminat fanatik yang lebih menakutkan, setakat mesej itu okey saja!

FATIN AFEEFA

Pelakon dan penyanyi

"Saya tak padam nama penghantar mesej itu kerana dia menggunakan akaun palsu, jadi saya kira itu tidak mengaibkan sesiapa pun!," katanya.

Dalam pada itu, Fatin berkata dia tidak terkesan dengan komen atau mesej lucah yang ditinggalkan individu berkenaan.

"Saya abaikan mesej macam itu, mereka ni memang suka usik-usik kita. Buat masa ini saya okey sahaja!

Fatin sibuk mempromosikan single pertama nyanyiannya berjudul Satu Jam Saja.

"Sedangkan saya pernah berdepan dengan peminat fanatik yang lebih menakutkan, setakat mesej begitu tidaklah terlalu teruk bagi saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fatin yang baru muncul dengan single pertama berjudul Satu Jam Saja bersyukur lagunya itu menerima sambutan baik peminat.

"Alhamdulillah... ramai yang suka dengan lagu tersebut dan saya menerima pelbagai bentuk komen di laman Youtube.

"Tak kisahlah komen puji atau kecam, saya terima sahaja. Kritikan itu membuatkan saya lebih kuat dan bersemangat untuk terus berada dalam industri seni suara," katanya yang kini sibuk dengan rangka promosi.

Fatin Afeefa

Artikel Lain