suria

Kemalangan ketika bermain luncur ais, anak Lan Solo dihempap lelaki seberat 90 kilogram “Dia menangis dan tak boleh bangun langsung”

Lan dan isteri panik melihat anaknya dihempap lelaki berbadan besar selepas terjatuh ketika bermain luncur ais.

PENYANYI Lan Solo dan isterinya berhadapan dengan detik cemas apabila anak mereka, Muhammad Akid Qassyaff, 4, dihempap lelaki dewasa selepas terjatuh ketika bermain luncur ais di sebuah pusat membeli-belah pada Ahad.

Nur Sheila Hassim atau Sheila, 34, berkata anak ketiganya itu tidak mampu bangun dan cedera di bahagian muka akibat kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila pula LS terajang orang ni?” – Lan Solo dikecam netizen ingat dia pukul pengawal

"Akid jatuh sebab tak dapat imbangkan badan (pertama kali main). Tiba-tiba datang seorang lagi lelaki mat saleh jatuh hempap atas belakang Akid.

"Akid tak boleh bangun langsung. Masa tu saya dah fikir macam-macam dah sebab kami di luar tempat permainan tu. Memang nampak Akid tak bergerak.

Sheila berkongsi detik cemas anaknya dihempap lelaki dewasa.

"Dia menangis saja atas ais tu. Berlari tak cukup tanah rasanya bila nampak dia kena hempap dengan lelaki yang berbadan besar tu. Dia menangis sekuat-kuatnya," katanya menerusi laman Instagram.

Sheila turut berkongsi foto keadaan sebelah wajah anaknya yang mengalami mengalami luka kecil akibat kemalangan di gelanggang ais itu.

Bagaimanapun, Sheila berharap pihak pengurusan luncur ais untuk membuat gelanggang ais berasingan mengikut kategori kemahiran individu.

"Alhamdulillah pihak ice skating tu bertindak pantas dan lelaki tadi juga nampak sangat risau takut pinggang Akid patah.

"Dia mengaku dia jatuh atas badan Akid yang berat dia baru 16 kilogram, manakala berat lelaki tu dalam 90 kilogram. Benda dah nak jadi, tak kan saya nak mengamuk pula.

Sheila dan Lan bawa anak-anak bermain luncur ais.


"Cuma sekadar cadangan, kalau-kalau di masa hadapan, pihak ice skating tu boleh asingkan tempat untuk yang amatur dengan yang dah pandai (sebab yang pandai ni suka tunjuk aksi yang mereka boleh laju atas ice).

"Jadi tak sempat brek. Habis terkena orang lain. Sekadar cadangan sahaja. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang membantu kami," ujarnya.

Sheila dan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 34, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Selain Akid, 4, pasangan itu mempunyai tiga orang lagi anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 7, Nur Amna Qeesyara, 5, dan Nur Amna Quxandra yang kini berusia setahun. 

Lan Solo

Artikel Lain