suria

“Mereka ingat saya garang dan menakutkan” - Siti Sarah sedar orang takut nak dekat

Personaliti Sarah sebenarnya berbeza daripada tanggapan orang terhadapnya. Foto: GLENN GUAN

PENYANYI Siti Sarah menyedari raut wajahnya yang kelihatan garang dan serius membuatkan ramai orang takut untuk mendekatinya.

Bagaimanapun menurut Sarah, 35, dia yakin persepsi itu pasti akan berubah sekiranya mereka mengenali dia dengan lebih dekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah minta netizen sekat IG jika meluat “Jangan biarkan diri sendiri terseksa tengok orang lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah menanti lagu ciptaan Sufian Suhaimi untuk single baharu

"Saya perasan juga yang orang macam takut dengan saya. Mungkin sebab mereka ingat saya ini seorang yang garang dan menakutkan.

Sarah akui mungkin wajahnya kelihatan garang menyebabkan orang takut untuk mendekatinya.

"Atau pun mungkin disebabkan rupa saya yang garang. Tapi sebenarnya apabila dah kenal, mereka akan tahu perangai 'gila-gila' saya," katanya kepada mStar.

Sementara itu bercerita mengenai kerjaya, Sarah berkata dia masih menantikan maklum balas daripada Sufian Suhaimi selepas menyatakan hasrat untuk menyanyikan lagu ciptaan penyanyi itu beberapa bulan lalu.

Selain Sufian, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Shuib ini turut berminat untuk bekerjasama dengan beberapa komposer lain termasuklah penyanyi Naim Daniel.

Sarah secara peribadi ada meminta lagu ciptaan Naim Daniel untuk single terbaharunya.

"Buat masa sekarang, tak ada maklum balas daripada Sufian, mungkin sebab dia tengah sibuk. Tapi saya ada juga bertanya kepada seseorang yang sangat berbakat iaitu Naim Daniel.

"Saya secara peribadi minta pada Naim dan dia juga sudah siapkan demo cuma saya belum ada kesempatan untuk mendengar lagi.

"Saya ada juga minta lagu daripada beberapa orang komposer. Tengok mana yang sesuai dan bagi maklum balas cepat. Saya harap dapat secepat yang mungkin," ujarnya.

Artikel Lain