suria

Yana Samsudin imbau pertama kali jadi ibu, “Kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti”

Yana anggap suami dan anak anugerah paling berharga daripada Allah. Foto Instagram: @yanasamsudin.

PELAKON Yana Samsudin mengimbau kenangan saat dia menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya Aisy Mateen yang dianggap seperti 'hadiah dalam kotak' pada tiga tahun lalu.

Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 35, ketika itu dia dan suami, Fadzil Zahari sentiasa mempersoalkan kemampuan mereka untuk menjaga anaknya dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cium mulut, ni bukan budaya kita dan ajaran Islam” - Yana Samsudin bimbang anak cium rakan tadika tanda sayang

"Mommy masih ingat lagi tiga tahun lalu masa ni kami menunggu kelahiran kamu. Masa tu juga macam-macam perasaan mommy kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti.

Yana imbau kenangan pertama kali menjadi ibu.

"Mateen umpama hadiah yang masih dalam kotak. Mommy tak tahu apa di dalamnya dan tak sabar nak membukanya. Macam-macam terbayang dalam fikiran.

"Mampukah kami menjaga sebaiknya, ikut masa makan kamu, jaga sakit kamu, sediakan susu, bangun pagi jam berapa, tidur jam berapa, macam mana nak ajar kamu bercakap dan apakah perangai sebenar kamu," katanya.

Yana berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram sempena menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang kini berusia tiga tahun pada Ahad, 21 Julai 2019.

Dalam pada itu, Yana juga meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anugerah daripada Allah yang unik dan sangat berharga selain suaminya.

Yana bersama suami dan anaknya.

Kata Yana, setiap hari dia berasa teruja untuk membesarkan anak dan dapat melakukan aktiviti bersama-sama.

"Rupa-rupanya hadiah daripada Allah ni sangat unik dan sangat berharga! Antara Hadiah mommy yang paling best selepas daddy @fadzilzahari!

"Amanah Allah ni juga sangat comel untuk dibentuk. Semakin hari semakin teruja mommy nak besarkan Mateen. Tak sabar nak tunggu hari esok, aktiviti apa yang kita akan buat bersama sama.

"Setiap hari adalah proses pembelajaran kita bersama, sampai mommy kadang-kadang terlupa Mateen belum berusia tiga tahun lagi," ujarnya.

Yana dan Fadzil Zahari, 34, mendirikan rumah tangga pada 2015.

Artikel Lain