suria

Saharul Ridzwan 'upgrade' rekod peribadi, “Alhamdulillah saya berjaya keluar dari kelompok hero romantik”

Saharul bakal menjalani penggambaran filem aksi pada Ogos depan. Foto: NUR ATHIRAH FARHANA

SELEPAS lebih lapan tahun bergelar pelakon akhirnya impian Saharul Ridzwan untuk membintangi filem aksi tercapai apabila ditawarkan untuk berlakon dalam filem Coast Guard.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkata dia bersyukur dapat keluar daripada watak hero romantik yang sudah sinonim dengan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya balik pun Ali tak tahu” - Kurang rapat dengan anak, Saharul Ridzwan akui timbul rasa cemburu terhadap isteri

"Boleh dikatakan selama lapan hingga sembilan tahun berlakon ini, saya memang idamkan untuk berlakon dalam filem aksi.

Saharul syukur berjaya keluar dari kelompok hero romantik.

"Sepanjang tempoh itu banyak kali saya minta untuk berlakon filem aksi dan Alhamdulillah, dapat juga tawaran pertama.

"Malah saya berjaya keluar dari kelompok hero-hero romantik. Selepas ini penonton boleh menilai lakonan saya dengan cara yang berbeza," katanya kepada mStar.

Saharul sudah mula menjalani sesi latihan untuk persediaan membawa watak sebagai anggota maritim bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejak awal Julai.

Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini mengakui harapan dan jangkaan penonton terhadap filem ini memberi satu tekanan buatnya.

Bagaimanapun, Saharul menganggap ia sebagai satu amanah dan cabaran untuk dia melakukan yang terbaik.

Saharul anggap tekanan berlakon dalam filem aksi sebagai cabaran untuk dirinya.

"Memang memberi satu tekanan juga sebab sebagai contoh filem Paskal sangat berjaya. Namun sebenarnya bagus juga tekanan itu kepada saya.

"Tekanan itu membuatkan saya tak senang duduk dan nak buat dengan bersungguh-sungguh. Kalau saya tak rasa cabaran tu, saya akan buat main-main.

"Bagi saya, ia satu amanah agar saya buat yang terbaik. Malah, saya letakkan jangkaan tinggi pada diri sendiri sebab ini filem pertama saya," ujarnya.

Selain Saharul, filem yang dijangka tayang pada tahun hadapan itu turut dibintangi oleh Emma Maembong dan Julia Farhana Marin.

Saharul Ridzwan, Coast Guard

Artikel Lain