suria

“Niat tegur atau memalukan?” - Pengikut kurang senang individu tanya Nora Danish bila nak bertudung

Tindakan seorang netizen menegur Nora mengundang kecaman.

GARA-GARA menegur pelakon Nora Danish dengan pertanyaan bila ingin memakai tudung, seorang netizen dikecam di laman sosial aktres itu.

Nora, 35, yang memuat naik foto ketika menjadi juri program lawak pada Jumaat turut membalas komen tersebut dengan meminta individu itu mendoakan dirinya ke arah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nedim terlalu bimbang, isteri pula pelupa!” - Nora Danish akui rimas ditemani pengawal peribadi

"Bila nak pakai tudung. Kita tak tahu bila dijemput pulang kepada pencipta kita," komen individu tersebut.

Tindakan individu itu menegur pemakaian isteri kepada Nedim Nazri menimbulkan rasa kurang senang pengikut aktres itu yang menganggap mempunyai niat memalukan.

Netizen kurang senang melihat pemakaian Nora ketika bercuti bersama keluarganya pada minggu lalu.

"Tegur cara nasihat antara berdua dik, ni kalau random ni macam nak memalukan.

"Kalau rasa belum baik, dahulukan tegur keluarga sendiri daripada menegur orang luar.

"Kalau nak nasihat, ada mesej peribadi yang boleh hantar kat situ. Perlu ada sedikit hormat pada orang lain. Nora, ada suami dan bukannya anda!" komen beberapa netizen.

Minggu lalu, segelintir netizen mempertikaikan pemakaian Nora yang dianggap terlalu seksi dan tidak sesuai sebagai seorang ibu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Nora Danish

Artikel Lain