suria

“Isteri baca dulu mesej dihantar perempuan lain” - Ajak Shiro sedar belum mampu poligami

Ajak sedar dirinya belum mampu bersikap adil jika dikurniakan isteri yang ramai. Foto Instagram @ajakshiro

PELAWAK dan pengacara Ajak Shiro mengakui dia bukanlah seorang lelaki yang mampu bersikap adil jika memiliki lebih daripada seorang isteri.

Menurut Ajak atau nama sebenar Mohamad Hanaffi Razak, 33, hidup berpoligami itu bukan perkara mudah, justeru itu dia mengagumi golongan yang mampu memikul amanah tersebut dengan baik.

"Bagi saya bukan mudah ada ramai isteri sebabnya saya pernah tengok dan bergaul dengan kawan yang memiliki ramai isteri tapi saya rasa tak boleh nak jadi sebaik atau seadil mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sweet’ Sangat Pun Kena - Ajak

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah rumah tangga selesaikan cara baik, jangan minta nasihat netizen - Ajak Shiro

"Kalau saya buat juga ia mungkin menghancurkan banyak hati... walaupun seseorang perempuan itu reda dan terima, tapi saya tahu mereka akan terasa kecewa.

"Seorang isteri yang ada ini pun sudah sempurna dan cukup memahami, buat masa ini keutamaan saya hanyalah untuk keluarga dan anak-anak," katanya kepada mStar.

Ajak dan isteri dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ajak ditemui semasa sidang media program Raja Lawak Junior yang diadakan di The Love, MaTIC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Semenjak bergelar selebriti, Ajak sering menerima mesej peribadi daripada wanita di laman sosial yang menyatakan hasrat ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi.

Bagaimanapun, hal itu turut diketahui oleh isteri berikutan mereka berkongsi kata laluan dan akaun yang sama.

Instagram saya ada link di telefon isteri, jadi dia boleh tengok apa sahaja!

AJAK SHIRO

Pelawak dan pengacara

"Instagram saya ada link di telefon isteri, jadi dia boleh tengok apa sahaja dan selalu dia yang akan beritahu ada orang hantar gambar atau mesej, jadi secara automatik dia yang akan baca dulu.

"Saya tak rasa itu satu bentuk kongkongan tetapi itu adalah cara untuk kita hindar masalah rumah tangga sebabnya apabila sudah jadi suami isteri memang tiada lagi rahsia.

Ajak dan Ain Edruce akan mengendalikan program Raja Lawak Junior yang bakal bersiaran bermula 10 Ogos ini di Astro Warna.

"Bagi saya lebih baik kita jujur dan tak perlu nak berahsia sebab isteri ini adalah pasangan hidup kita... berkongsi laman sosial itu adalah cara saya! Apa-apa pun terpulang kepada masing-masing," ujarnya.

Dalam pada itu, pengacara Melodi ini memberitahu dia menjadikan Johan Raja Lawak sebagai panduan dalam menjalani kehidupan berkeluarga.

"Saya banyak belajar daripada Johan, saya tengok dia selepas berkahwin banyak menghabiskan masa bersama keuarga tapi Alhamdulillah rezeki mencurah-curah.

"Daripada situ saya nampak ada banyak hikmah mengutamakan keluarga, jadi saya pun cuba untuk ikut cara begitu," ujarnya.

Ajak dan Nur Afifah berkahwin pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Ajak Shiro

Artikel Lain