GARA-GARA menyelamatkan periuk panas daripada terlepas ke lantai, pelakon Maya Karin mengalami kecederaan dan melecur di bahagian pergelangan tangan. Menurut Maya, 40, kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu ketika dia dan ibunya, Che Zan selesai memasak di kediaman mereka di Kuala Lumpur. "Sebenarnya luka ini terjadi ketika saya memasak pada Selasa lalu, semasa itu saya angkat periuk yang mengandungi air panas. ARTIKEL PENUH: “Beruang bukan kucing kurap!” - Maya tak setuju, Sharnaaz pula bersangka baik niat Zarith Sofia simpan beruang matahari "Entah macam mana, pegangan saya tak stabil, nak elak dari terjatuh ke kaki saya tahan dengan pergelangan tangan dan bawa terus ke singki. Maya berkongsi keadaan pergelangan tangannya di laman Instagram. "Kalau saya tak tahan periuk itu, mungkin air panas itu terkena kaki saya dan ibu" katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Sementara itu, Maya berkata pada awalnya kesan melecur itu tidak terlalu teruk. Namun kulitnya mula mengelembung dan berair selepas bangun daripada tidur keesokan harinya. "Mulanya saya ingat luka itu tidak teruk sangat dan hanya kesan merah sahaja. Memandangkan saya agak keletihan, selepas insiden itu saya terus naik ke bilik dan tidur. Maya baru selesai menjalani penggambaran sebuah filem di Los Angeles. "Tak sangka pula bangun esoknya kawasan melecur itu menjadi teruk dan mengelembung, mungkin sebab saya tidur terlalu lasak dan luka terkena pada kain. "Sepatutnya saya sapu ubat selepas kemalangan itu tapi sebab abaikan nampaknya luka tak kering sampai sekarang," ujarnya. Dalam pada itu, maya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan tip mengeringkan luka di laman Instagram. "Terima kasih kepada peminat yang simpati dan sudi berkongsi cara nak keringkan luka dengan cepat. "Saya akan cuba tip yang kalian bagi itu," katanya.