PENYANYI dan komposer terkenal Faizal Tahir terkejut dengan khabar angin dirinya mempunyai hubungan dengan penyanyi Sissy Imann dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal. Menurut Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 40, hubungannya dengan penyanyi Pesanan Ayahanda itu ibarat ayah dan anak. "I have no idea. Ini lawak atau prank atau apa? Bermain cinta dengan Sissy Iman? Astagfirullahalazim! ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir pula jadi mangsa foto bogel... “Nikmatilah! Saya tak tahu siapa individu yang sebarkan gambar itu” ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir nampak kesungguhan Takaaki Terry mahu jadi penyanyi "Sejujurnya saya tiada jawapan untuk ini. Saya amat terkejut dan ia tak masuk akal. Ianya tak mungkin dan saya tak sukakan gosip ini. "Dia macam anak saya... begitu juga dengan Amir Masdi. Saya sayang mereka semua sebagai seorang bapa. Kalau tengok di Instagram pun saya gelarkan dia anakanda," katanya kepada mStar. Faizal tahir bersama tiga anak didiknya. Faizal ditemui ketika majlis pelancaran album terakhirnya berjudul Rojak di Petaling Jaya pada Jumaat. Rojak merupakan album kelima dan yang terakhir dihasilkan penyanyi lagu Mahakarya Cinta itu. Album tersebut memuatkan kompilasi sembilan buah lagu termasuk Ragaman, Bisa Aja dan Ratu. Dalam pada itu, Faizal turut menafikan tuduhan sering menghabiskan masa bersama Sissy di bilik studionya. Dia sebaliknya lebih selesa dan rapat dengan artis lelaki di bawah labelnya iaitu Amir Masdi dan Aziz Harun. "Kalau orang nak buat gosip macam ni, mengapa mereka tak cakap benda sama pada Anis Suraya, Elizabeth Tan atau Hannah Delisha dan mengapa Sissy Iman? Mereka pun sama juga luang masa di studio buat kerja sama-sama. Sissy Imann (dua dari kanan) penyanyi muda yang sedang meningkat naik. "Di studio saya lebih banyak luangkan masa bersama Amir Masdi, Aziz Harun. Ini tak bermaksud saya anak tirikan penyanyi wanita yang lain. Tetapi saya lebih selesa dengan kaum lelaki. "Tolonglah... usia saya sudah 40 tahun. Saya anggap mereka macam anak sendiri. Saya tak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul, dari mana dan siapa yang mulakan," katanya. Menjawab dakwaan kononnya Sissy merupakan ‘anak emas’ berikutan sikap berat sebelah komposer itu terhadap artis lain, Faizal menjelaskan dia telah berlaku adil terhadap semua artis di bawah labelnya. "Soal anak emas itu saya memang sudah dengar mengenainya. Ada orang cakap dia anak emas saya. "Saya seorang yang sangat adil kepada semua artis di bawah label saya," katanya.