suria

Nama bersih Syafie Naswip dikenali sebagai budak baik tercemar selepas 13 tahun dalam industri

Lakonan Syafie sering mendapat pujian penonton dan dia merupakan antara anak seni berbakat besar.

SEPANJANG hampir 13 tahun berkecimpung dalam dunia seni, nama pelakon Syafie Naswip tidak pernah terpalit dengan kontroversi.

Bagaimanapun, baru-baru ini namanya menjadi perbualan hangat netizen apabila dia ditahan polis pada 27 Julai lalu untuk membantu siasatan kes ugutan dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas tunangnya iaitu Aishah Azman.

Beberapa hari sebelum itu, Syafie mengejutkan peminat apabila mengumumkan ikatan pertunangannya dengan aktres tersebut berakhir atas persetujuan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dugaan ini terlalu berat, tak mampu diteruskan” - Syafie Naswip dan Aishah Azman putus tunang

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip ditahan polis selepas putus tunang

Jom kita semak perjalanan seni pelakon berbakat besar Syafie Naswip ini!


1. Mohammad Syafie Naswip dilahirkan pada 2 Ogos 1992 dan merupakan anak tunggal dalam keluarga. Dia mula menceburi industri lakonan pada usia belasan tahun.

2. Dia mula dikenali menerusi filem Mukhsin pada tahun 2007, ketika itu pengarah Allahyarham Yasmin Ahmad menjadi pendorong untuk dia berada dalam industri seni.

3. Lakonan mantap Syafie dalam filem Talentime dan Songlap paling diingati peminat sehinggakan melayakkan dia meraih anugerah Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malayasian (FFM) ke-22 dan FFM ke-25.

4. Syafie mencatat sejarah sebagai pelakon termuda memenangi Anugerah Skrin ke-11 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam drama Ilham Suci pada usia 16 tahun.

5. Pemuda berasal Kuala Lumpur ini sering menerima pujian rakan industri dan disenangi ramai pihak kerana perwatakan merendah diri dan sopan santun.

6. Selepas hampir 12 tahun menabung, impian Syafie untuk membelikan rumah untuk ibunya, Noorsiah Ahmad tercapai. Dia menghadiahkan rumah itu kepada ibunya pada tahun 2016.

7. Setelah hampir empat tahun menjalinkan persahabatan, akhirnya Syafie dan Aishah Azman mengikat tali pertunangan pada majlis yang diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras, pada 7 April lalu.

8. Bagaimanapun, rancangan untuk mendirikan rumah tangga musnah selepas Syafie mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina tiga bulan terlerai pada 21 Julai lalu.

9. Aktor ini mengejutkan peminat apabila dia ditahan polis untuk membantu siasatan kes ugutan dan menyebabkan kecederaan terhadap Aishah yang didakwa menjadi punca mereka putus tunang.

10. Namun sehingga kini, Syafie memilih untuk mendiamkan diri dan enggan mengulas mengenai kontroversi tersebut.

Syafie Naswip

Artikel Lain