suria

Tragedi set penggambaran, Elyana terima jahitan di kepala - “Akhirnya kepala batu aku bocor juga”

Elyana terima beberapa jahitan di kepala akibat kemalangan di set penggambaran.

MALANG tidak berbau. Itulah nasib yang menimpa penyanyi Elyana apabila dia mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika sedang menjalani penggambaran telefilem berjudul Aneh pada Khamis lalu.

Menerusi video yang dimuat naik Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 32, di Instagram, dia terpaksa menerima jahitan akibat kecederaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini yang saya tunggu selama ini”- Elyana tidak beritahu doktor untuk adakan konsert Julai ini

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini bagaimanapun memberitahu dia kini dalam keadaan baik dan tetap meneruskan penggambaran pada hari seterusnya.

"Hari ini kejadian yang tidak diingini berlaku ketika saya menjalani penggambaran telefilem Aneh. Saya mengalami kemalangan kecil yang tak diduga.

Elyana berkongsi video rakaman ketika proses menjahit luka di kepalanya.

"Tapi tak apa, semuanya ada hikmah Insya-Allah. Sebab semua nak saya berlakon, jadi saya berjuang untuk hiburkan korang," kata Elyana.

Elyana turut berkongsi rakaman proses ketika doktor sedang menjahit luka kecil di bahagian kepalanya menerusi laman Instagram.

Rata-rata netizen terkejut melihat keadaan Elyana dan turut mendoakan agar penyanyi itu cepat sembuh.

"Bocor juga kepala batu itu ya. Ya Allah... Jaga diri selepas ini, jangan nak aneh-aneh sangat dekat set #Aneh tu. Awak ni memang #Aneh manusia kuat ku. Speedy recovery okey.

"Ya Allah... Macam mana boleh jadi ni... @elyanaofficial. Awak kena jaga kesihatan diri. Semoga tak ada apa yang serius dan cepat sembuh ya," komen beberapa orang pengikutnya di laman sosial.

Elyana

Artikel Lain