suria

“Babak dimanipulasi hingga nampak negatif” - Fadzil Zahari siasat individu bocorkan kandungan telefilem LGBT

Fadzil mendakwa penyebaran kandungan telefilemnya sudah dimanipuasi.

SUSULAN kecaman yang diterima berhubung telefilem berjudul Demi Tuhan Aku Bersaksi yang mengetengahkan hubungan songsang atau LGBT (lesbian, gay, transgender, biseksual) dan turut membabitkan sekolah tahfiz, penerbitnya Fadzil Zahari tampil memberikan penjelasan.

Menurut Fadzil, 36, penyebaran kandungan telefilem berkenaan hanya diambil pada babak-babak tertentu dan dimanipulasi sehingga ia kelihatan negatif pada pandangan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat bodoh sahaja” - Sweet Qismina minta netizen suka buat 'wakaf dosa' mohon maaf kepada Syafie Naswip

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip ditahan polis selepas putus tunang

ARTIKEL BERKAITAN: Berani bikin drama LGBT, Fadzil Zahari 'bongkar' aktiviti songsang pelajar IPT

Malah, dia menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh netizen terhadap drama itu sebagai satu fitnah.

Syafie memegang watak sebagai lelaki lembut.

"Setiap apa yang mereka katakan mengenai telemovie ini adalah tidak betul. Mereka hanya ambil info daripada individu yang menulis maklumat yang salah mengenai telemovie itu.

"Ia sama sekali tidak seperti mana yang digembar-gemburkan. Babak itu memang ada cuma cara cerita itu disampaikan kepada orang ramai amat mengelirukan," jelasnya kepada mStar.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Yana Samsudin ini berkata, dia sebagai penganut beragama Islam amat menghormati sensitiviti agama dan peka dengan perkara yang boleh mencetus kemarahan orang ramai.


Antara kandungan (poster) yang tersebar di laman sosial.

"Saya tengok kandungan cerita ini tidak bercanggah pun dengan agama Islam seperti mana yang digembar-gemburkan pihak-pihak diluar sana.

"Kami juga beragama Islam... kami tahulah kandungan seperti apa yang akan menentang Islam.

"Sudah tentu telemovie ini bertujuan untuk menyampaikan sesuatu yang positif dan mendidik penonton," katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya akan menyiasat dan mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah mengenai telefilem ini yang sepatutnya ditayangkan pada bulan depan.

Kami juga beragama Islam, kami tahu kandungan seperti apa yang akan menentang Islam.

FADZIL ZAHARI

PELAKON DAN PENERBIT

"Berbanding stesen-stesen tv lain, RTM antara yang paling ketat peraturannya. Jadi soal kredibiliti panel-panel di situ kita tak boleh nak pertikaikan. Apabila telemovie ini sudah diluluskan ia bermakna sudah melalui panel-panel berkenaan.

"Kami harap mereka tak tarik balik telemovie itu kerana hanya pihak produksi sahaja yang tahu apa kandungan sebenar telemovie ini. Individu berkenaan hanya ambil salah satu daripada babak di mana pihak kami juga berasa sangsi bagaimana ia boleh tersebar.

"Kami sedang menyiasat bagaimana cerita ini boleh bocor kerana telemovie ini belum pun ditayangkan lagi dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan," katanya.

Telefilem ini sudah menjalani penggambaran sebulan sebelum Ramadan.

Telefilem berjudul Demi Tuhan Aku Bersaksi mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama.

Watak maknyah yang dipegang oleh Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun ketika di pusat tahfiz, dia telah dihina dan dikeji sebagai pengikut kaum Luth.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu gambar dan ‘sinopsis’ Demi Tuhan Aku Bersaksi ini tersebar di laman sosial sehingga ia menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak sensitif gara-gara memilih elemen budaya hidup songsang di dalam sebuah pusat keagamaan.

Artikel Lain