suria

“Sibuk marah orang tak takut Tuhan, tapi gigih buat cerita hantu ajak orang takut syaitan” - Azhan Rani pertahan telefilem songsang

Azhan Rani meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan netizen yang mengecam telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi.

KONTROVERSI membabitkan telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi menarik perhatian pelakon Azhan Rani yang melahirkan rasa kurang senang apabila karya itu dikecam sebelum ia ditayangkan kepada umum.

Menurut Azhan, 43, dia percaya jalan cerita yang dipaparkan menerusi telefilem itu tidak menyentuh sensitiviti atau mampu memburukkan agama Islam seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Babak dimanipulasi hingga nampak negatif” - Fadzil Zahari siasat individu bocorkan kandungan telefilem LGBT

ARTIKEL BERKAITAN: NGO rayu tangguhkan tayangan drama LGBT, minta RTM jemput wakil agamawan untuk pratonton terlebih dahulu

Malah, dia menyifatkan tindakan netizen yang mencemuh telefilem itu mempunyai agenda tersendiri.

Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi turut menerima tentangan daripada sesetengah pihak.

"Aku percaya daripada penerbit sampai ke tukang bancuh air dalam team ini tahu apa mereka buat.

"Karya pun tak disiarkan lagi yang beria-ia menggelabah ni pun ada tujuan.

"Ada yang betul-betul tahu apa dia cakap, ada yang bercakap sebab nak perhatian, ada yang acah-acah kafir mengkafirkan orang copy paste hadis. Lepas tu diam-diam stalk Instagram artis atau model, layan Tumblr malam-malam sebelum tidur. Wallahualam...," katanya.

Azhan meluahkan rasa kesal itu menerusi laman Instagram miliknya.

Berkongsi pengalamannya dalam bidang lakonan, Azhan berkata dia juga pernah melalui perkara sama apabila netizen bertindak mengecam meskipun pihak berkuasa sudah memberi kelulusan sewaktu terlibat dalam filem berjudul Lelaki Harapan Dunia sebelum ini.

Telefilem ini mengandungi banyak mesej tersirat yang mendidik masyarakat.

"Kalau ingat lagi suatu masa dulu pun aku pernah terlibat dalam filem bertajuk #lelakiharapandunia. Macam ni juga lah. Belum pun cerita keluar panggung menggelabah puak-puak mufti filem ni menjatuhkan hukum walaupun dikhabarkan pihak berwajib sudah pun beri kelulusan.

"Kejap kata cerita tu menjatuhkan Melayu, kejap menjatuhkan agama, sudahnya orang-orang tu buat cerita yang lebih kurang juga.

"Sibuk marah orang tak takut Tuhan, tapi gigih buat cerita hantu ajak orang takut syaitan... sudah la, karya tu belum bercerita lagi," katanya.

Dalam pada itu, pelakon watak Ustaz Hamadi dalam drama yang memenangi anugerah Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2018 ini turut memberi semangat kepada pengarah telefilem ini iaitu Eyra Rahman untuk berpegang kepada niat dalam mendidik masyarakat melalui karya seperti itu.

Kalau cerita-cerita macam ni kita tak perlu keluarkan dekat drama atau filem, boleh tak surat khabar pun spin semua berita-berita taboo dan jijik yang berlaku dalam dunia realiti?

AZHAN RANI

Pelakon

"Kalau cerita-cerita macam ni kita tak perlu keluarkan dekat drama atau filem, boleh tak surat khabar pun spin semua berita-berita taboo dan jijik yang berlaku dalam dunia realiti ni?

"Tunjukkan pada dunia... Malaysia ni aman damai makmur Islamik! Aku malas nak ambil port sangat sebenarnya tapi kadang-kadang orang tag juga dekat aku. Ya lah, cerita #nur tu akan jadi rujukan juga.

"Apapun semoga director @eyrahman22 dan team produksi kuat. Pegang pada nawaitu," ujarnya.

Artikel Lain