suria

Big Stage kembali, BBNU Korea Selatan jadi tumpuan

Barisan peserta Big Stage musim kedua. -Foto ASTRO

PROGRAM realiti hiburan Big Stage bakal kembali menghangatkan industri hiburan bagi musim kedua.

Selain bintang tempatan, Big Stage 2019 mencipta kelainan apabila turut menyaksikan penyertaan peserta dari Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Korea Selatan.

Seramai 12 peserta bakal bersaing dalam program yang mengangkat bakat baru dikenali dengan jolokan 'budak baru nak up’ (BBNU) ini.

Peserta dari Malaysia terdiri daripada Fieya Julia, Kucaimars, Sheryl Shazwanie, Neeta, Santesh, Irfan Haris, Syada Amzah dan Adzrin.

Sementara itu Brunei diwakili Aziz Harun manakala Thailand menampilkan Chaleeda.

Konsert mingguan Big Stage 2019 akan bersiaran setiap hari Ahad pukul 9 malam bermula 18 Ogos ini.

Dinda Permata pula mewakili Indonesia dan Jang Han-Byul membawa nama Korea Selatan.

Program ini juga masih mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap disamping dua orang penyanyi terkenal Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan yang akan menduduki kerusi juri secara bergilir-gilir setiap minggu.

Selain itu seorang juri jemputan akan diundang menyertai dua lagi juri bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.

Manakala pengacara popular Alif Satar dan Sherry Alhadad kembali menggalas tugas sebagai hos Big Stage.

Juara program ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Konsert mingguan Big Stage 2019 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama lapan minggu pada setiap hari Ahad pukul 9 malam bermula 18 Ogos ini.

Big Stage, BBNU

Artikel Lain