PENYANYI Luqman Faiz memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri menolak tawaran menyertai program realiti Big Stage musim kedua yang bakal bersiaran bermula 18 Ogos ini. Menurut Luqman, 19, dia terpaksa melepaskan peluang keemasan itu kerana mahu fokus dengan pengajian diplomanya di sebuah universiti awam. "Ikutkan memang sejak musim pertama saya berharap untuk dipilih sertai Big Stage tapi masa itu tak ada rezeki lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Luqman Faiz pesan jaga solat, pelihara akhlak dengan perempuan "Tahun ini saya dapat tawaran sertai program itu... kawan-kawan, media dan peminat menyokong tapi saya terpaksa tolak kerana nak memberi tumpuan kepada pelajaran. "Saya ikut nasihat ibu yang mahu saya fokus satu-satu perkara, saya masih muda dan sekarang ini mereka mahu saya lebihkan pada pelajaran," katanya kepada mStar. Luqman mahu utamakan pelajaran dan ikut nasihat ibu. Big Stage musim kedua bakal menyaksikan 12 peserta bersaing dalam program realiti yang mengangkat bakat baru dikenali dengan jolokan 'budak baru nak up' (BBNU) ini. Selain bintang tempatan, Big Stage 2019 mencipta kelainan apabila turut menyaksikan penyertaan peserta dari Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Korea Selatan. Peserta dari Malaysia terdiri daripada Fieya Julia, Kucaimars, Sheryl Shazwanie, Neeta, Santesh, Irfan Haris, Syada Amzah dan Adzrin. Sementara itu, Brunei diwakili Aziz Harun, Thailand menampilkan Chaleeda, Dinda Permata (Indonesia) dan Jang Han Byul (Korea Selatan). Luqman mengakui cemburu melihat teman-teman menyertai Big Stage. Sementara itu, Luqman mengakui pada awalnya timbul perasaan cemburu melihat teman-teman seperjuangan akan mula bertanding dalam program tersebut. Bagaimanapun, penyanyi lagu Kepuraanmu ini percaya akan ada peluang dan rezeki lain yang telah diaturkan oleh Allah SWT. Selamat maju jaya untuk teman-teman yang menyertai Big Stage 2019 LUQMAN FAIZ Penyanyi "Sejujurnya ada lah sedikit rasa cemburu bila tengok kawan-kawan masuk pertandingan itu. "Program begini merupakan platform terbaik untuk kembangkan bakat... mungkin rezeki saya bukan di situ tapi di tempat lain. Luqman menyokong teman-teman yang menyertai program tersebut. "Apa-apa pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta dan berharap peminat akan terus menyokong industri muzik tanah air," katanya. Dalam perkembangan lain, Luqman kini sedang dalam rangka promosi lagu terbaharu berjudul Takhta Cinta. Video muzik lagu tersebut telah dimuat naik di laman Youtube pada 28 Julai lalu dan menerima lebih 200,000 tonton. Luqman turut memberitahu dia akan menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan koleksi tudung diberi nama The Daily Skarfs.