suria

“Meet my new boyfriend, Mikhael Imaan” - Shima Anuar timang bayi lelaki

Shima selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Khamis. Foto Instagram @shimaanuar

PELAKON Shima Anuar selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Menurut Shima, 28, proses kelahiran anak keduanya itu berjalan lancar dan ia merupakan satu pengalaman yang cukup indah.

"Alhamdulillah, satu lagi perjalanan yang indah. Semuanya berjalan baik. Kami sangat gembira dengan kehadiran bayi lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hamil pun tak boleh comot nanti suami tak kenal bini ke bibik”- Shima Anuar tergelak kapsyen gurauan jadi perbalahan netizen

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya, suami saya tua, jadi apa masalahnya?” - Shima Anuar

"Terima kasih Allah, suami, doktor dan semua yang mendoakan saya," katanya.

Shima berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

Shima berkongsi berita gembira di Instagram.

Dalam muat naik sama, dia turut mengumumkan nama cahaya mata keduanya itu.

"Meet my new boyfriend, Mikhael Imaan Mohd Solih," tulisnya.

Rata-rata pengikut turut sama teruja dengan khabar gembira itu dan mendoakan semoga bayi itu membesar dengan sihat.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha yang juga duda kepada dua orang cahaya mata pada 8 April 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.

Shima Anuar

Artikel Lain