KENYATAAN penyanyi Indonesia, Firman Siagian sebelum ini berhubung keraguannya terhadap ketulenan berlian pemberian usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akhirnya memakan diri. Firman dikecam teruk netizen selepas dia sendiri melakukan pemeriksaan di sebuah kedai barangan kemas di Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan ujian mendapati berlian berkenaan adalah tulen. ARTIKEL BERKAITAN: “Ia berlian asli!” - Firman lega, tak sia-sia datang Malaysia periksa ketulenan subang hadiah Vida ARTIKEL BERKAITAN: Firman dakwa Vida beri berlian palsu - “Juara pun dapat palsu, apatah lagi tempat kelima?” Namun Firman, 41, menafikan pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa subang berlian yang diterima sebagai hadiah tempat kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang berlangsung pada Disember 2017 adalah palsu. "Masyaallah saudaraku... cuba anda periksa betul-betul sebelum bercakap. "Saya tak pernah beri kenyataan hadiah berlian saya ini palsu. Antara komen yang ditinggalkan Firman di laman Instagram mStar. "Saya cakap kalau Aishah sebagai juara pun dapat hadiah palsu, apatah lagi saya," katanya. Firman berkata demikian di ruangan komen pada posting di akaun Instagram mStar (@mstaronlineoffical) berhubung isu berkenaan. Selain itu Firman berkata, sikap Vida yang tidak mengendahkan pertanyaannya di aplikasi Whatsapp berhubung ketulenan subang berlian berkenaan menyebabkan dia menggunakan saluran media untuk bersuara. "Malah sebelum saya berkata demikian kepada media Malaysia pun, saya terlebih dahulu Whatsapp Datuk Seri Vida. "Tetapi beliau tidak hiraukan saya, maka saya hubungi media. "Selepas berita itu keluar barulah beliau balas Whatsapp saya semula dan saya kemudian pergi periksa ketulenan berlian itu di Malaysia,” katanya Firman mempertahankan tindakannya. Firman sebelum itu dikecam netizen kerana dikatakan terburu-buru menghebahkan mengenai kebimbangannya berhubung status berlian yang diterima sebelum membuat pemeriksaan. “Tamak punya fasal. Orang dah beri, tapi tak bersyukur. Antara komen yang ditinggalkan netizen. “Lebih baik semak dulu sebelum buat kenyataan, nanti kena saman sia-sia saja,” kata beberapa netizen di posting Instagram mStar. Pada Khamis lalu, mStar secara eksklusif menyertai Firman membuat pemeriksaan mengenai status subang berlian yang diterimanya dan keputusan mendapati barang kemas itu adalah asli. Bagaimanapun nilai subang berlian itu lebih rendah berbanding apa yang diumumkan Vida sebelum ini. Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kehilangan ini melahirkan kerisauannya terhadap ketulenan hadiah yang diterima dalam program Gegar Vaganza empat (GV4) kepada media Malaysia. Firman dalam kenyataan pada 18 Julai lalu mendakwa subang berlian berkenaan tidak bernilai seperti mana yang diumumkan. Sebelum ini Juara program GV4, Aishah membuat pendedahakan mengenai hadiah rantai bernilai RM80,000 yang ditaja usahawan kosmetik itu adalah palsu. Aishah mengetahui barangan kemas itu palsu selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah kedai emas. Bagaimanapun, kemelut itu sudah berakhir dan penyanyi Janji Manismu itu berjaya mendapatkan ganti rugi apabila Vida bersetuju untuk membayar harga pameran barang kemas dengan jumlah tersebut.