suria

Shaheizy Sam tak senang duduk... ibu dihampiri 'scammer', belakang rumah jadi sarang dadah

Shaheizy Sam bimbang akan keselamatan ibunya.

GARA-GARA kawasan rumah sering menjadi sasaran penjenayah dan sarang penagih dadah, pelakon veteran Khaty Fauziah bimbang mengenai keselamatan dia dan suami.

Lebih menakutkan apabila ibu kepada aktor Shaheizy Sam ini pernah dihampiri beberapa individu tidak dikenali yang dipercayai menyamar sebagai jurujual dari rumah ke rumah sebelum melakukan jenayah.

Khaty kini menetap di Jalan Pokok Mangga Kampung Padang, Melaka, bersama suami, Abdul Samad Jaaman.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak fasal saya pengsan nanti” - Ibu Zizie Ezette tak tahu anak ditahan SPRM

ARTIKEL BERKAITAN: Khaty Fauziah Letih Sering Ditanya Bila Sam Nak Kahwin

“Saya baharu sahaja pindah ke rumah baharu, di Melaka. Kami buat rumah baharu di sini.

“Tetapi kawasan ini banyak kes. Ada kes pecah rumah dan juga scam. Pernah sekali tu mereka datang menyamar naik satu kereta.

Khaty mendakwa kawasan belakang rumahnya menjadi port lepak penagih dadah.

“Mereka datang dan singgah ke rumah saya cakap nak jual CD, barang kecantikan... ada banyak lagi barang lain yang dijual," kata Khaty kepada mStar.

Bimbang dengan situasi itu, Shaheizy segera menulis surat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada 22 Julai lalu bagi mendapatkan bantuan rondaan demi  keselamatan ibunya dan seluruh penduduk sekitar.

Permohonan Shaheizy menerima maklum balas positif daripada pihak polis menerusi sepucuk surat bertarikh 6 Ogos lalu dengan menyatakan kesediaan badan beruniform itu untuk meningkatkan rondaan bagi mencegah jenayah di kawasan yang dinyatakan.

Bercerita lanjut mengenai situasi cemas yang dilalui selepas beberapa bulan menetap di situ, Khaty berkata kawasan semak di belakang rumahnya juga sering dijadikan sarang penagih dadah untuk melepas gian.

“Terlalu banyak kes di sini. Sebab itu Sam bimbang kerana di sini saya tinggal berdua sahaja dengan suami, tapi dia juga selalu keluar outstation.

Antara posting yang dimuat naik Khaty di laman Instagram miliknya.

“Saya takut kerana belakang rumah ada kawasan semak. Di situ pula ada pokok mangga, pukul 6 pagi mereka sudah panjat pokok untuk curi buah,” ujarnya.

Bagaimanapun menurut Khaty dia kini berasa lega dengan keprihatinan pihak polis mengenai masalah yang diajukan.

Katanya tindakan pantas pihak polis meningkatkan rondaan membuatkan dia dan penduduk sekitar berasa lebih selamat.

Khaty Fauziah, Shaheizy Sam

Artikel Lain