suria

“Jangan terlalu control, Insya-Allah suami tak cari lain!” - Nora Ariffin kongsi nasihat berguna untuk jaga rumah tangga

Ibu berkongsi tip dan nasihat menjaga hubungan suami dan isteri. Foto Instagram @itsnoraariffin

PENYANYI Nora Ariffin berkata dia sentiasa berpegang kepada pesanan dan nasihat ibunya dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Menurut Nora, 46, nasihat yang diberikan oleh ibunya, Wan Azizah Wan Ismail menjadi kunci kebahagiaan keluarganya, sekaligus mengelakkan daripada suami berlaku curang.

"Bersama satu-satunya ibu tercinta, antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berbakti pada suami bukan bererti kita orang gaji” - Nora tak lagi sibuk memasak, jalani kehidupan berbeza di bulan Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu tak terkata… dia tak pernah mati” - Nora Ariffin

"Ma (emak) selalu pesan nak jadi isteri yang baik... kena jaga makan pakai suami, jangan bagi orang gaji yang buat.

"Taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu control suami. Insya-Allah suami tak akan cari lain," kata Nora.

Nora berkongsi pesanan ibunya itu di Instagram.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini berkongsi pesanan itu menerusi Instagram pada Selasa.

Bersama kapsyen tersebut turut disertakan fotonya bersama ibu yang kini berusia 80 tahun.

Terdahulu, suaminya yang juga komposer Johan Nawawi meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pada 24 Mac 2017.

Foto kenangan... Nora bersama suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.

Nora merupakan antara selebriti yang kerap berkongsi tip dan nasihat kepada pengikutnya mengenai hal berkaitan rumah tangga.

Dia turut berpesan supaya isteri sentiasa berbakti kepada suami sebagai lambang kasih dalam sesuatu perhubungan.

"Kepada yang masih ada suami, berbaktilah pada syurgamu dan jaga suami sebaik mungkin, walaupun dia tak sempurna.

"Berbakti pada suami bukan bererti kita orang gaji. Ianya lambang kasih seorang isteri yang patuh pada suami.

"Kerana Allah... selain mendapat pahala, percayalah suami akan sentiasa bersama," katanya.

Nora Ariffin

Artikel Lain