suria

Caprice hina orang Kelantan tak faham bahasa Inggeris, NGO Anak Kelantan tersinggung... gesa polis siasat

Persatuan NGO Anak Kelantan membuat laporan polis terhadap Caprice.

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice atas dakwaan menghina rakyat Kelantan

Laporan itu dibuat pada Ahad kira-kira pukul 4.45 petang oleh persatuan dikenali sebagai Anak Kelantan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice pula ‘sekolahkan’ PU Amin insiden Tsunami di Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu 'sound' Caprice? - “Cari dekat Padang Mahsyar untuk minta maaf... bang, bang, bang”

Anak Kelantan melalui satu kenyataan berkata mereka amat kesal dengan tindakan Caprice selaku artis tempatan yang mengeluarkan kenyataan jelik terhadap masyarakat di negara ini.

Melalui sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram miliknya minggu lalu, Caprice didakwa mempersoalkan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan pada majlis ceramah oleh penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV.

Antara kenyataan menghina yang ditinggalkan Caprice pada ruangan komen Instagram igkelantan.

"Zakir Naik melalui ceramahnya menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris... kalau anda tak boleh faham bahasa Inggeris asas yang selalu saya gunakan dalam video, bagaimana pula kesemua 20,000 rakyat Kelantan di dalam stadium itu boleh memahami kandungan ceramah itu?

"Saya tahu anda menipu saya. Anda angguk, angguk, angguk, tapi jangan beritahu saya semua anda faham ceramah yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

"Dan-dan (Tiba-tiba) sahaja satu stadium dekat Kelantan boleh faham bahasa Inggeris," kata Caprice.

Kenyataan artis berkenaan jelas telah menyinggung perasaan kami sebagai rakyat Kelantan dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan egonya selaku artis tempatan.

ANAK KELANTAN

BADAN BUKAN KERAJAAN

Selain itu, Anak Kelantan mendakwa Caprice turut menghina rakyat Kelantan dengan mengatakan negeri itu paling banyak memiliki rekod jenayah termasuk dadah, pembuangan bayi dan pedofilia.

Kenyataan berunsur penghinaan itu telah ditinggalkan Caprice melalui ruangan komen Instagram @igkelantan yang memuat naik semula video berkenaan.

"Salinan video berkenaan telah dimuat naik semula oleh Instagram @igkelantan dan pada ruangan komen, artis berkenaan mengeluarkan komen yang menghina dengan mengatakan Kelantan adalah negeri terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedofilia.


Paparan skrin video yang didakwa telah menyinggung perasaan rakyat Kelantan.

"Kenyataan artis berkenaan jelas telah menyinggung perasaan kami sebagai rakyat Kelantan dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan egonya selaku artis tempatan.

"Kami memohon pihak polis menyiasat apakah tujuan sebenar dia mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal sedemikian dan mengambil tindakan yang sewajarnya," jelasnya.

Caprice, anak Kelantan

Artikel Lain