suria

“Tiada cabaran nyanyi lagu pilihan sendiri” - Siti Nurhaliza mahu peserta Big Stage musim kedua lebih variasi

12 peseta bersaing dalam Big Stage musim kedua.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza beranggapan kuasa pemilihan lagu yang diberikan kepada peserta dalam sesebuah persembahan tidak memberi cabaran buat seorang penyanyi.

Siti, 40, berkata, tindakan seperti itu akan menyebabkan peserta hanya menyanyikan lagu mengikut keselesaan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Aafiyah dikongsi selepas dapat izin suami - Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M menang satu sejarah kata Siti Nurhaliza

“Bila buat begini, sudah semestinya akan ada baik dan buruk.

“Kalau bukan artis yang pilih lagu untuk mereka nyanyikan ketika pertandingan boleh, tetapi di sini saya rasakan pihak produksi ada garis panduan mereka sendiri.

“Sudah tentu seseorang artis itu akan nyanyikan lagu yang mereka boleh bawakan dengan baik. Tapi dalam masa sama, tidak akan ada cabaran buat artis itu,” katanya kepada mStar.

Siti Nurhaliza bertindak sebagai juri tetap bagi program Big Stage musim ini.

Penyanyi terkenal itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sistem pemilihan lagu bagi peserta program Big Stage 2019 di Shah Alam pada Ahad.

Dalam pada itu, Siti turut memberi pandangan agar pihak produksi berbincang dengan peserta terlebih dahulu dalam menentukan sesebuah lagu yang bakal dinyanyikan.

“Sebagai juri, kita perlukan variasi dan sebenarnya lagu yang susah itulah yang orang nak tengok.

Santesh mendapat markah tertinggi pada konsert pertama malam Ahad.

“Pada saya perkara ini perlu dibincangkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan pemilihan lagu terbaik dan sesuai buat mereka,” ujarnya.

Konsert pertama program tersebut membuka tirai dengan menyaksikan seramai 12 peserta termasuk dari Thailand, Indonesia, dan Korea Selatan.

Antara peserta tempatan yang terlibat adalah Santesh, Neeta Manisha, Fieya Julia, Kucaimars dan ramai lagi.

Sebagai juri, kita perlukan variasi dan sebenarnya lagu yang susah itulah yang orang nak tengok.

DATUK SERI SITI NURHALIZA

Penyanyi

Program ini masih mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai juri tetap disamping dua orang penyanyi popular Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan yang akan menduduki kerusi juri secara bergilir-gilir setiap minggu.

Bagi program yang berlangsung malam Ahad itu menyaksikan Mark Adam bertindak sebagai juri jemputan manakala pengacara popular Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai hos Big Stage bagi musim ini.

Episod pembukaan bagi minggu pertama itu turut menyaksikan bintang dari Korea Selatan iaitu Han Byul memberikan persembahan memukau menerusi single miliknya berjudul Shooting Star.

Konsert mingguan Big Stage akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama lapan minggu setiap Ahad pukul 9 malam.

Siti Nurhaliza, Big Stage

Artikel Lain