suria

Ain Edruce kerja keras cari duit, tak harap perkahwinan ditaja - “Kalau mampu bayar sahaja”

Ain Edruce tidak meminta tajaan, namun menerima dengan hati terbuka jika ada sebarang tawaran. Foto Instagram @ainedruce

BAKAL mendirikan rumah tangga pada Disember depan, pelakon Ain Edruce berkata dia enggan mengharapkan sebarang tajaan untuk majlis perkahwinannya itu.

Menurut Ain, 28, dia tidak mahu terikat dengan komitmen dan lebih selesa mengeluarkan bajet sendiri bagi merealisasikan majlis idaman mereka.

"Selalunya apabila ada tajaan... komitmen akan jadi lebih banyak! Selepas majlis kita akan jadi sangat sibuk dan saya malas nak fikir fasal posting di laman sosial dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce sudah dirisik, rancang kahwin tarikh menarik 20.02.2020!

ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce tak sabar nak kahwin, sasar 20 cahaya mata!

"Cumanya kalau ada orang nak bagi Alhamdulliah, itu rezeki tapi untuk meminta saya tak mahu. Kalau kita mampu, kita bayar sahaja!

Ain Edruce dan tunangnya Amirul.

"Sebab itulah sekarang ini saya dan tunang tengah bekerja keras nak cari duit untuk majlis kami nanti," katanya kepada mStar.

Ain mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz pada 23 Jun lalu.

Pasangan ini dijangka bakal disatukan sebagai suami dan isteri pada 13 Disember depan dan majlis resepsi sehari selepas pernikahan.

Dalam pada itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini mengakui agak sibuk menyelesaikan kerja sehingga tiada waktu menguruskan hal berkaitan perkahwinan.

Ain bekerja keras sebelum majlis perkahwinanya berlangsung Disember ini.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana tunangnya memahami dan keluarga turut sama membantu melakukan persediaan menjelang hari bahagia itu.

"Selepas bertunang rezeki murah dan saya akui masa untuk prepare hal kahwin agak terhad. Tapi saya bersyukur keluarga banyak bantu dan mereka sama-sama bahagikan tugas.

"Sekarang ini saya dengan tunang fokus dengan kerja masing-masing dulu, jarang-jarang berjumpa, seminggu mungkin sekali... baguslah kalau jarang jumpa, nanti bila dah nak kahwin rasa lebih teruja.

"Apa yang boleh saya kata, buat masa ini saya sangat bersyukur sebab dia memahami dan boleh terima cara kerja saya," ujarnya.

Ain Edruce

Artikel Lain