suria

Elly Mazlein tayang sanggul lintang, pelamin untuk malam berinai, “Bila majlis kahwin, tak sabar nak tengok!”

Elly Mazlein muat naik foto sanggul dan pelamin malam berinai pada Jumaat.

PELAKON Elly Mazlein membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai perkahwinannya apabila memuat naik dua keping foto seolah-olah bakal meraikan hari bahagia itu pada Jumaat.

Menerusi laman Instagram, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkongsi foto sanggul lintang dan pelamin yang akan digunakan pada malam berinai.

"Malam berinai bertemakan Cik Siti Wan Kembang... Kak Lina nak tanya, love tak crown yang adik Jimmy Couture buatkan untuk kakak Lina ni? Thank you adik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu nikah di surau, kali ini Kak Lina Pom Pom nak kahwin meriah... “Kebetulan bakal suami pun tak pernah berkahwin"

"Sukanya dekorasi untuk malam berinai," tulisnya di laman tersebut.

Bersama kapsyen yang dimuat naik, peminat mengandaikan pelakon drama Kau Yang Pertama ini akan berkahwin dalam masa terdekat.

Dua foto dimuat naik ini mengundang spekulasi peminat.

Justeru itu, kedua-dua foto tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada pengikutnya.

"Cantik sangat, mesti kembang mekar bak burung merak. Semoga dipermudahkan urusan Kak Lina dan pasangan. 

"Bila majlisnya ni? Tak sabar nak tengok Kak Lina jadi ratu sehari, nak tengok wajah papa.

"Tahniah... tak sabar nak tengok, tema negeri saya tu! Cantik sangat, sesuai dengan Kak Lina, bangga kita sebab pakai baju Cik Siti Wan Kembang... mesti cantik," komen netizen.

Elly mahu anjurkan majlis perkahwinan yang lebih besar dan meriah.

Bagaimanapun Elly tidak menjawab komen peminat dan masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Elly mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Papa Awan Nano.

Elly turut mendedahkan dia bakal menamatkan status janda apabila merancang untuk berkahwin pada tahun depan dengan seorang lelaki berusia 28 tahun.

Bakal suami merupakan jejaka berusia 28 tahun dan berasal dari Kelantan.

Dia turut mengimpikan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang lebih besar dan meriah.

"Saya anggap ini sebagai perkahwinan yang pertama buat diri saya. Apa sahaja yang saya tak pernah rasa sebelum ini, saya akan buat dalam majlis kali ini.

"Perkahwinan sebelum ini berlangsung ketika mama saya baharu sahaja meninggal dunia dan majlis pun dibuat di surau sahaja.

"Kalau boleh kali ini saya teringin nak rasa yang meriah sedikit. Kebetulan bakal suami pun tak pernah berkahwin," katanya.

Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun.

Difahamkan pemuda yang dikaitkan dengan Elly itu merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Elly Mazlein

Artikel Lain