suria

“Mengapa bazir wang beli tuala wanita?” - Natasha Hudson 'promote' pakai cawan haid

Natasha memperkenalkan penggunaan cawan haid yang boleh digunakan wanita ketika datang bulan.

PELAKON Natasha Hudson memperkenalkan inovasi baharu iaitu cawan haid atau menstrual cups bagi menggantikan tuala wanita ketika datang bulan.

Natasha, 36, berkata cawan itu selamat digunakan sepanjang tempoh haid dan dapat menyelamatkan alam sekitar.

"@thehivebulkfoods menyediakan penyelesaian untuk kita wanita. Cawan haid menyelamatkan alam sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa anda untuk menilai pemakaian yang saya pakai?” - Natasha Hudson dapat kebenaran suami buka purdah

"Maksud saya mengapa membazir wang pada pad konvensional apabila anda mempunyai pilihan!," katanya.

Pelakon drama Puisi Indah Si Pari-Pari itu memuat naik beberapa posting yang menjelaskan penggunaan alat tersebut di Instagram.

Perkongsian Natasha mengenai cawan haid di Instagram.

Sementara itu, Natasha memberitahu alat tersebut diperbuat daripada silikon lembut yang perlu dimasukan ke dalam faraj bertujuan mengumpul cecair dan mencegah kebocoran.

Ia juga dapat mengelakkan darah haid daripada terkena pada pakaian seperti yang sering dialami oleh kebanyakan wanita.

Mengapa membazir wang pada pad konvensional apabila anda mempunyai pilihan!

NATASHA HUDSON

Pelakon

"Cawan haid adalah peranti kebersihan feminin yang dimasukkan ke dalam faraj semasa haid. Tujuannya adalah untuk mengumpul cecair haid dan mencegah kebocoran ke pakaian.

"Cawan haid biasanya dibuat daripada silikon gred perubatan yang fleksibel dan berbentuk seperti loceng," ujarnya.

Cawan yang diperbuat daripada silikon lembut ini selamat dan selesa digunakan wanita ketika datang bulan.

Tambahnya, terdapat dua ukuran yang disediakan iaitu untuk wanita yang pernah bersalin dan yang masih belum pernah hamil.

Perkongsiannya itu menerima maklum balas positif daripada pengikut yang turut bersetuju alat tersebut membantu mereka ketika sedang datang bulan.

"Love this... Mereka sepatutnya cipta alat ini semasa saya masih sekolah, tak ada lagi ruam semasa bersukan.

"Ya sangat menyenangkan... tiga tahun lalu suami cadangkan saya pakai benda ni.

"Saya gunakan benda ni sejak beberapa tahun lalu terutama semasa hari sibuk. Ia bertahan selama enam hingga 10 jam, tak ada masalah. Alat ini lembut dan senang untuk dimasukkan," komen netizen.

Natasha Hudson

Artikel Lain