UCAPAN pelakon Sharnaaz Ahmad kepada anaknya Jebat Jayden yang menyambut ulang tahun pertama kelahiran menyentuh hati netizen. Sharnaaz yang turut menyambut ulang tahun ke-34 pada Jumaat berharap dia dapat mendengar suara anaknya biarpun tidak lagi tinggal bersama. ARTIKEL BERKAITAN: “Kosong! Pertama kali saya tak dapat ungkap perasaan sendiri” - Isu isteri fail perceraian, Sharnaaz bimbang kenyataan keruhkan keadaan ARTIKEL BERKAITAN: Netizen penuhi komen di Instagram Sharnaaz mendoakan rumah tangganya pulih "Suara ba (ayah), cek (awak) pertama sekali dengar dan biarlah suara cek, ba dengar yang terakhir sekali... Happy birthday anak ba. "Jauh di mata ba, tapi paling hampir dengan nyawa ba. @jebatjayden" ujarnya. Hubungan pelakon filem Wangi itu dengan isterinya Noor Nabila dilaporkan kini berdepan dengan masalah. Sharnaaz enggan ulas kemelut rumah tangganya. Kakak kepada pengacara popular Neelofa itu dikhabarkan ke mahkamah untuk memfailkan perceraian selepas memuat naik foto bangunan yang dipercayai Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di laman sosialnya pada Khamis. Sharnaaz yang ditemui mStar pada malam Khamis enggan mengulas perkara berkenaan dan memberitahu kenyataannya mungkin hanya mengeruhkan keadaan. Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, walau apa yang terjadi dia akan tetap bersama anaknya sehingga menutup mata. Jauh di mata ba, tapi paling hampir dengan nyawa ba. Sharnaaz Ahmad Pelakon Rata-rata netizen memberi ucapan hari lahir kepada mereka dan berharap pelakon tersebut terus tabah berdepan ujian dalam kehidupan. "Selamat hari lahir kepada kedua-duanya, walau apa pun cabaran hadapi dengan tenang. Sayu baca kapsyen ni" ujar netizen. Sebelum ini timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila berdepan masalah, namun hubungan tersebut semakin pulih pada Februari lalu. Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Jebat Jayden pada Ogos tahun lalu.