suria

“Pernah beri pisang tetapi ‘benda’ itu tak nak” - Nad Zainal kongsi pengalaman 'buka panggung' sebelum teater Mak Yong

Nad Zainal mendedahkan dirinya mempunyai tabiat pelik apabila suka akan perkara-perkara mistik.

PELAKON Nad Zainal mendedahkan dirinya teruja setiap kali terlibat dengan persembahan teater tradisional yang melibatkan perkara mistik.

Menurut Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 29, suasana suram dan meremangkan seperti persembahan Mak Yong akan membuatkan dirinya berasa seronok.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 3 minggu Nad Zainal minta suami keluar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal disangkakan ‘kekwat’ tapi rupa-rupanya rabun

“Ramai yang tak tahu kalau persembahan Mak Yong biasanya akan ada upacara buka panggung tetapi ianya tidak terbuka kepada umum.

“Tujuannya adalah untuk melancarkan persembahan. Dari zaman belajar dulu kami memang akan bawa duit syiling lima sen tetapi saya tak pernah tahu untuk apa. Pernah juga kami beri pisang tetapi ‘benda’ itu tak nak pisang dan minta tukar dengan perkara lain.

“Sebenarnya perkara-perkara mistik begini yang buat saya terlibat dengan persembahan Mak Yong,” katanya kepada mStar.

Nad Zainal gemar akan perkara mistik.

Nad Zainal ditemui ketika majlis sidang media Mak Yung “Raja Besar Maha Gading” di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.

Nad Zainal bakal membintangi teater klasik itu bersama beberapa barisan pelakon hebat seperti Rosnan Rahman, Naque Ariffin, Izzue Islam dan Issey yang bermula dari 11 hingga 13 Oktober ini bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai cabarannya dalam memegang watak sebagai Raja Bongsu, aktres telefilem Fatonah Azali ini berkata dia terpaksa berlatih menyanyi setiap hari sehingga suaminya iaitu Muhammad Faliq Amirudin bosan mendengar nyanyian lenggok klasik yang menjadi teras pementasan teater itu nanti.

“Apabila dapat job ni saya terus buka Youtube untuk tengok balik teknik nyanyian Makyung tetapi tak banyak sumber.

“Selepas minta copy lagu daripada timbalan pengarah produksi, saya berlatih dan menyanyi setiap hari sampai suami saya pun naik meluat. Sampai saya terpaksa minta dia pekakkan telinga. Mujur dia seorang yang memahami.

Setakat ini belum ada lagi perkara-perkara mistik yang terjadi, saya tak takut dan saya suka nak tengok.

NAD ZAINAL

Pelakon

“Setakat ini belum ada lagi perkara-perkara mistik yang terjadi, saya tak takut dan saya suka nak tengok. Perasaan ‘naik sheikh’ ketika buat pementasan itu buat saya rasa berada di alam lain. Apa-apa yang berkaitan tradisional itu, perasaan-perasaan roh itu pasti ada,” katanya.

Teater Mak Yung “Raja Besar Maha Gading”  ini mengisahkan Raja Besar Maha Gading yang menyuruh Wak Nujum menilik nasib anak-anaknya seramai tujuh orang untuk menggantikan takhtanya memerintah negeri tersebut.

Bagaimanapun timbul perasaan dendam dalam kalangan adik-beradik itu sehingga membawa kepada kehilangan Raja Bongsu yang dilakonkan oleh Nad Zainal.

Nad Zainal, mistik

Artikel Lain