suria

Zynakal diganggu makhluk halus? Caprice, Sufian rujuk ustaz... “Dia tak balik rumah, gaduh dengan semua orang”

Caprice meminta orang ramai mendoakan kesihatan Zynakal.

TINDAKAN penyanyi Zynakal melakukan pelbagai 'serangan' terhadap beberapa individu menerusi laman sosial sejak kebelakangan ini mengejutkan teman rapatnya yang juga penyanyi rap, Caprice.

Menurut Caprice, Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli berkelakuan seperti orang tidak normal dan bertentangan dengan karakter sebenar penyanyi berusia 21 tahun itu.

"Apa yang dilakukan oleh Zynakal di media sosial itu bukan dia. Kamu boleh tanya semua orang yang kenal dia. Itu bukan Zynakal!

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice hina orang Kelantan tak faham bahasa Inggeris, NGO Anak Kelantan tersinggung... gesa polis siasat

ARTIKEL BERKAITAN: Serang, cekik pekerja stesen minyak... penyanyi BBNU ditahan polis!

"Dia tak balik rumah, tak tidur empat hari, dia gaduh dengan semua orang, kita dapat rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dan mungkin ada gangguan spiritual," katanya.

Caprice berkongsi pandangannya mengenai perkara itu menerusi Instagram pada Khamis.

Caprice memberitahu sudah membawa Zynakal berubat secara Islam.

Sebelum ini, Zynakal meluahkan rasa marah di laman sosial dan memetik beberapa nama sehingga ia menarik perhatian netizen.

Antaranya dia didakwa berbalah dengan beberapa pihak termasuk sebuah stesen radio dan syarikat rakaman berhubung projek lagu baharunya. 

Dia tak balik rumah, tak tidur empat hari, dia gaduh dengan semua orang, kita dapat rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dan mungkin ada gangguan spiritual.

Caprice

Penyanyi Rap

Dalam pada itu bagi membantu memulihkan keadaan Zynakal, Caprice memberitahu dia bersama penyanyi Sufian Suhaimi mencari rawatan alternatif dengan membawa penyanyi itu berubat secara tradisional.

"Saya dan Sufian pergi sampai Hulu Langat hanya untuk jumpa ustaz periksa keadaan Zynakal.

Zyn berbakat sebagai penyanyi dan komposer.

"Last-last dia tak ada gangguan, mungkin sakit jiwa tapi saya pula yang sangkut ada sesuatu," ujarnya.

Dalam rakaman yang sama, Caprice turut memohon maaf kepada beberapa pihak dan artis yang menjadi mangsa serangan Zynakal di laman sosial.

"Mewakili Zynakal, saya ingin memohon maaf kepada Era, Rusa Music dan mana-mana artis yang bergaduh dengannya dua minggu lalu.

"Zynakal perlu dapatkan rawatan dan bantuan profesional, saya minta anda faham dan kita doakan untuk dia.

"Kalau anda tahu di mana dia sekarang, ini bukan gimik, dia dalam bahaya dan perlukan bantuan perubatan," katanya.

Dalam perkembangan lain, seorang penyanyi baharu dilaporkan ditahan polis selepas menyerang dan mencekik leher seorang pekerja di sebuah stesen minyak pada Rabu.

Walaupun tidak dinyatakan identiti individu tersebut, netizen membuat andaian penyanyi budak baru nak up (BBNU) itu ialah Zynakal.

Menerusi Instagram miliknya, Zynakal juga dilihat telah memadam muat naik yang ditujukan kepada beberapa individu.

Zynakal, Caprice

Artikel Lain