suria

“Nak tanya... ibu pregnant ke?” - Netizen teruja 'baby bump' Fasha Sandha

Foto yang dikongsikan Fasha mendapat perhatian ramai apabila bahagian perutnya kelihatan seolah-olah sedang berbadan dua.

PERKONGSIAN foto yang dimuat naik pelakon Fasha Sandha baru-baru ini mendapat perhatian netizen apabila bahagian perut aktres itu mula menampakkan 'baby bump'.

Ia secara tidak langsung menguatkan lagi dakwaan netizen yang mengesyaki pelakon itu sudah berbadan dua sejak Ogos lalu selepas beberapa keping gambar di Instagram miliknya memberi petunjuk seolah-olah dia sudah hamil kembali.

Melalui gambar dimuat naik Fasha dengan kapsyen ucapan tahniah kepada pelakon Ardell yang bergelar isteri kepada Nadzmi Adhwa pada Ahad, netizen lebih tertarik untuk membicarakan soal kehamilan aktres itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan ibu kerana tak dengar nasihat doktor” - Fasha Sandha keguguran ketika kandungan berusia enam minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha buat kejutan hamil, Aidil menangis kegembiraan

"Nak tanya... ibu pregnant ke? Nampak macam ada baby bump. Maaf lah kalau tersilap pandang.

"Alhamdulillah, biasa kalau gugur senang lekat balik. Comel baby bump.

Fasha bagaimanapun tidak memberikan respons terhadap komen yang ditinggalkan netizen.

"Nampak macam baby bump comel di situ.

"Kalau gambar baru, Alhamdulillah kak Fasha. Semoga cepat-cepat dapat baby dengan abang Aidil," tulis netizen kepada mereka.

Bagaimanapun, Fasha dan suaminya, Aidil Aziz mengambil keputusan untuk tidak memberi sebarang reaksi terhadap komen-komen yang ditinggalkan oleh peminatnya.

Fasha sebelum ini pernah mengumumkan dirinya hamil selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga.

Antara foto yang dimuat naik Fasha kelihatan sedang berbadan dua.

Namun, dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya hampir enam minggu.

Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.

Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Fasha Sandha, mengandung

Artikel Lain