suria

“Dulu saya pun mengaku bodoh cakap bahasa Melayu” - Sharifah Amani akui fobia selepas dikecam tak pandai bahasa kebangsaan

Sharifah Amani kini sudah fashi berbahasa Melayu.

PENGAKUAN terbuka Sharifah Amani yang lemah berbahasa Melayu ketika awal kemunculannya dalam industri seni tanah air masih menghantui aktres berkenaan.

Mengakui terlalu naif pada ketika itu, Amani atau lebih mesra disapa Nani, 33, berkata dia tidak berniat untuk berasa bangga dengan kebolehannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tiada akaun palsu untuk kutuk orang” - Sharifah Amani

ARTIKEL BERKAITAN: "Hang picit-picit phone cari pasal tu aku tak faham" - Sharifah Amani tegur Dira

"Nani dulu pun mengaku bodoh cakap bahasa Melayu. Nani bagi tau semua orang, bukan fasal bangga tapi Nani jujur.

"Mungkin cara tu silap tapi itu cara Nani nak minta tolong kot. Masa tu Nani kena kecam teruk, tapi walaupun dah bertahun-tahun tetap orang guna point sama. Nani dah usaha macam-macam untuk lagi fasih bertutur dalam bahasa Melayu," ujarnya.

Nani meninggalkan komen pada foto pengarah drama Nur, Sharulezad Mohameddin yang berbunyi "Orang Melayu yang terang-terangan bangga mengaku tidak pandai cakap bahasa Melayu adalah sesuatu yang memualkan".

Amani mengakui pernah tidak pandai berbahasa Melayu.

Dalam pada itu Amani berkata, kecaman yang diterima membuatkan dia lebih jauh daripada bahasa Melayu sehingga menjadikan dirinya fobia untuk belajar bahasa kebangsaan itu.

"Dulu masa kena kecam teruk Nani jadi lagi jauh dengan bahasa Melayu dan jadi fobia. Pergi mana-mana je ada yang nak kutuk, nak hina. Terus takut nak berbahasa Melayu.

"Tapi Alhamdulillah masa tu ada abang (Sharulezad), Bahri, Isma semua dekat set. Korang tak judge Nani langsung. Lagi korang love Nani... lagi Nani berani nak berbahasa," ujarnya.

Sementara itu Amani berkata, dia kini sudah boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik, malah boleh berlakon teater dan menyertai pidato.

"Lagi Nani nak usaha mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Terima kasih abang. Sekarang Nani dah pernah buat teater monologue dalam bahasa Melayu, pandai berdebat dan sangat berani berbahasa.

"Walaupun kadang-kadang terkehel, tapi Nani tetap cuba. Fasal korang Nani boleh bercakap macam ni," ujarnya.

Sharifah Amani

Artikel Lain