suria

“Saya hilang ramai orang tersayang pada hari Jumaat” - Aishah muhasabah diri, sentiasa ingat mati

Aishah akui muhasabah diri tentang kematian setiap kali Jumaat.

PENYANYI Aishah meluahkan perasaan sedih apabila terkenang beberapa insan tersayang iaitu ibu dan abang sulungnya yang meninggal dunia pada hari Jumaat.

Menerusi posting di Instagram, Aishah berkata kucing kesayangannya yang diberi nama Bambam turut mati dilanggar pada hari Jumaat, Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa Aishah, Vida berakhir... Isu berlian palsu selesai cara mediasi “Akhirnya boleh tidur lena”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu balas cara Vida, Aishah pulang berlian palsu dalam kotak buatan sendiri “Mak ayah saya tak ajar jadi biadab”

"Setiap pagi Jumaat fikiran ini akan terkenang. Saya hilang ramai orang yang saya sayang pada hari Jumaat, Arwah mak yang tersayang, abang sulung hingga Bambam (kucing) pun pergi pada pagi Jumaat.

"Alhamdulillah pagi ini sesudah subuh jumpa si oren (kucing) ni, abang panggil dia Abu, saya panggil Abulat kerana di bulat sangat," ujarnya di Instagram.

Aishah temui pengganti kucing kesayangan yang mati dilanggar pada Jumaat, Januari lalu.

Penyanyi lagu Janji Manismu ini turut memuat naik beberapa keping gambar kucing baharunya yang diberi nama Abulat.

Sementara itu, Aishah berkata, dia sentiasa bermuhasabah diri berkaitan kematian setiap kali tibanya hari Jumaat.

"Teringat pada yang dah pergi. Kita akan menyusul pula nanti. Adakah sesiapa yang akan ingat dan doakan kita pula nanti?" soalnya.

Arwah mak yang tersayang, abang sulung hingga Bambam (kucing) pun pergi pada pagi Jumaat.

AISHAH

Penyanyi

Rata-rata pengikut meninggalkan komen positif selain turut mendoakan kesihatan Aishah.

Aishah, Janji Manismu

Artikel Lain