suria

Jatuh sakit pada malam penerbangan, impian Hannah Delisha berjalan di karpet merah di New York tak kesampaian

Hannah terpaksa membatalkan perancangannya untuk ke New York akibat masalah kesihatan. Foto IG: @hannahdelisha.

PELAKON Hannah Delisha sedih apabila terpaksa mengorbankan impiannya untuk berjalan di karpet merah Minggu Fesyen New York yang diadakan di New York disebabkan kesihatannya terjejas.

Menurut Hannah, 23, dia jatuh sakit pada malam penerbangan ke New York yang dijadualkan pada Jumaat lalu.

"Sudah menjadi impian saya untuk berjalan di karpet merah Minggu Fesyen New York. Tahun ini saya diberi peluang oleh Kate Spade untuk merealisasikan impian saya. Tak boleh nak berhenti memikirkan apa yang akan berlaku.

Hannah sedih terpaksa melupakan impiannya untuk berada di karpet merah NYFW.

"Saya sangat teruja tapi saya rasa, Allah sudah ada perancangan yang lebih baik, saya jatuh sakit pada malam penerbangan saya ke sana. Saya rasa sangat sedih sebab tak dapat nak teruskan perjalanan ini," katanya.

Biarpun Hannah memuat naik luahan itu menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu namun dia memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

Pelakon Neelofa, Scha Alyahya dan Awal Ashaari antara selebriti tempatan yang sudah berada di negara itu bagi menghadiri acara fesyen terkemuka itu.

Dalam pada itu, pelakon filem Langsuir itu berasa serba salah terhadap pihak jenama fesyen Kate Spade yang memberi peluang merealisasikan impiannya itu.

Hannah rasa serba salah terhadap pihak Kate Spade yang menjemputnya ke acara fesyen tersebut.

Malah, dia juga berasa kesal tidak dapat berada di sana seperti yang sudah dirancang dan berharap pihak jenama fesyen tersebut dapat meneruskan program itu dengan lancar.

"Rasa serba salah apabila dapat tahu team Kate Spade sudah melakukan persiapan untuk menyambut saya di sana. Tapi pada masa yang sama saya bersyukur Allah masih memberi saya peluang untuk hidup lagi melihat dunia.

"Kepada Kate Spade Malaysia team, terutama Gloria dan Sarah, saya sangat menyesal tidak dapat berada di sana seperti yang dirancang dan saya berharap anda semua melakukan yang terbaik untuk minggu fesyen itu, sayang semua,” ujarnya.

Hannah Delisha

Artikel Lain