PENYANYI Nourul Wahab berkongsi pengalaman ketika melalui proses bersalin buat kali pertama sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Ayu Nazirah yang ke-21 pada Selasa. Nourul, 40, berkata, perkongsian itu bertujuan agar Ayu menghargai setiap momen perjalanan kehidupan yang dilaluinya. ARTIKEL BERKAITAN: Menginjak usia 20 tahun, anak Nourul, Ajai dipuji semakin cantik "Anak yang sangat baik dan tahu apa yang dia mahukan. Kehidupan baru untuk anda. Terokai, pengalaman dan hargai setiap momen kerana hidup ini adalah universiti yang sebenarnya untuk menjadi manusia yang bagaimana. Nourul kongsi beberapa foto ketika anaknya masih kecil di Instagram. "Pedulikan apa kata orang walaupun keluarga sendiri sebab mereka tak akan faham apa kita nak atau apa kita nak buat. Buat apa yang baik dan buat apa yang sepatutnya. "You are in your shoes. Bukan orang lain dan bukan mama. Jadilah seorang wanita yang memerintah dunia. Saya percaya awak boleh!" katanya. Nourul turut berkongsi beberapa gambar ketika anaknya masih kecil di laman Instagramnya pada Selasa. Dalam pada itu, Nourul mendedahkan pada awalnya dia enggan bersalin menerusi pembedahan disebabkan mengalami masalah kewangan selain bimbang dengan keadaan dirinya selepas itu. Nourul juga ingin melalui pengalaman yang sama seperti ibunya yang melahirkan 15 orang anak secara normal dan tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. "21 tahun lepas, masa ni tengah menunggu. Tak sakit-sakit walaupun tanda dah ada. Masa itu pesan kat doktor tak mahu pembedahan sebab takut susah nak jaga. Nourul bersama keluarganya. "Sebab takut berat badan yang berleluasa kembangnya. Kami naik 25 kilogram masa mengandungkan anak dara ni. "My bff (Ayu) saya lahir setelah enam hingga tujuh jam berhempas pulas sakit. Induce lagi sakit! Kami tak minta epidural sebab takut lumpuh. "Alasan macam-macam masa itu. Sebenarnya kerana tak cukup duit. Lagi satu nak rasa sakit normal sebab nak rasa macam mana mak kami beranak 15 orang anak. Ayu Nazirah adalah anak sulung Nourul hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan komposer Ajai. Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.