suria

Teman lelaki Ruhainies suap nasi kandar dalam Ferrari, netizen naik menyampah manja tak bertempat

Posting yang dimuat naik Ruhainies pada 3 September lalu di akuan twitter miliknya @NurRuhainies.

KETIKA hangat dilamun cinta, apa sahaja yang terdaya pasti akan dilakukan bagi menarik perhatian pasangan kekasih masing-masing.

Begitu juga halnya dengan teman lelaki kepada pelakon Ruhainies apabila sanggup membawa sepinggan nasi kandar masuk ke dalam kereta bagi memenuhi hasrat teman wanitanya itu yang enggan makan di dalam kedai.

"Saya lapar tetapi tak nak makan kat kedai sebab saya selekeh. Akhirnya, dia memesan nasi kandar dan membawa masuk pinggan ke dalam kereta untuk suapkan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Selesa Bekawan Dengan Lelaki Budiman

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak suruh pakai bikini?” - Netizen nasihat Ruhainies jangan layan ‘toksik’ cepat ‘menggelupur’ 

"Oh tuhan, kadang-kadang dia sangat kelakar. Macam mana saya tidak jatuh cinta dengan lelaki ini," kata pelakon kelahiran Pulau Pinang itu.

Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah berkongsi momen berkenaan bersama sekeping gambar di Twitter.

Netizen dan Ruhainies berbalas komen di Twitter.

Namun netizen tidak senang hati dengan cara pasangan itu menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain kerana disifatkan terlalu berlebihan.

"Jarang perempuan tak menyusahkan lelaki, tak fasal kena bawa nasi tu dalam kereta.

"Boleh je bungkuskan? Gedik tahap master ni," tulis beberapa netizen.

Selain kecaman yang mempertikaikan kewajaran membawa masuk pinggan ke dalam kereta, ada juga beberapa netizen yang melihat perkongsian Ruhainies itu dalam perspektif berbeza.

Ada antara mereka lebih tertarik dengan model kereta yang dipandu teman lelaki misteri Ruhainies itu.

"Makan nasi kandar dalam Ferrari. Dia pakai (pandu) Ferrari tu, kau tak nampak ke?

"Jarang tak sayang kalau dah pakai Ferrari," sindir beberapa netizen lain.

Netizen juga tertarik dengan model kereta yang dipandu teman lelaki Ruhainies.

Ruhainies nampak tidak duduk diam selepas menerima pelbagai kecaman kerana menyifatkan netizen sering mencemburui kebahagian yang cuba dikongsi.

"Ramainya yang bitter. Sakit hati sangat ke tu... Pertama, bersihkan hati anda. Kedua, lelaki yang bitter tu, anda layan teman wanita atau isteri anda macam mana? Nak tahu juga.

"Ketiga, perempuan yang bitter, asalkan saya tak makan dengan teman lelaki anda. Keempat, saya tak makan dalam kereta anda. Kelima, tak pernah buat kerja gila dengan pasangan anda ke?" tanya Ruhainies.

Bukan itu sahaja, Ruhainies turut menempelak netizen yang mendakwa dia dan teman lelakinya berkelakuan seperti orang tidak berakal apabila membawa masuk pinggan nasi kandar ke dalam kereta.

"Jika anda sangat bodoh, tolong simpan sedikit. Jangan guna semua. Saya boleh makan di mana-mana sahaja saya mahu.

"Tepi tasik ke, tepi laut ke, dalam kereta saya ke, dalam kereta dia ke. Asalkan saya tak makan dalam kereta anda. Tak pernah lagi lihat orang keracunan makanan jika makan dalam kereta," kata Ruhainies.

Bagi membalas tindakan Ruhainies yang sering dilihat cepat melatah dengan kata-kata netizen, seorang pengguna Twitter tampil menyuarakan pendapatnya.

"Netizen boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. Jadi, kalau anda bitter dengan semua  komen netizen, awak hanya perlu jauhkan diri anda daripada apa-apa media sosial. Hanya memberi pendapat. Maaf," katanya.

Ruhainies, bengang, kecam, netizen

Artikel Lain