suria

Netizen cari Tok Ram dalam gambar, tanya kenapa duduk jauh daripada Alyah - “Takkan nak duduk atas riba?”

Alyah meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang meninggalkan komen negatif di laman sosial miliknya.

SELEPAS sekian lama gambar pengarah muzik, Datuk Ramli MS tidak muncul di Instagram isterinya Datin Alyah, penyanyi itu akhirnya berkongsi gambar mereka bersama.

Namun serba tak kena bagi Alyah apabila perkongsian foto keluarga itu tetap menerima kritikan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Selama ini Alyah pura-pura bahagia, minta netizen jadi isteri Ramli MS sehari

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin itu yang terbaik buat masa ini” - Enam tahun berkahwin Alyah reda belum dikurniakan zuriat

Rata-rata mereka mempersoalkan kedudukan Alyah yang dilihat berada jauh daripada suaminya itu.

"Apa hal jauh sangat tu datin?

"Tok Ram tak nampak pun," tulis netizen.

Antara komen yang ditinggalkan netizen menerima respons Alyah.

Susulan itu Alyah mempersoalkan sikap netizen yang sering memandang negatif dalam setiap tindakannya.

"Post gambar sedih kena hentam, post gambar gembira pun tak boleh.

"Agaknya korang ni memang nak tengok orang terjun gaung ke apa?

"Patutlah Agong pun tutup akaun media sosial... ramainya orang busuk hati," ujarnya.

Takkan nak duduk atas riba? Tak bergambar kata macam-macam.

DATIN ALYAH

Penyanyi

Alyah meluahkan rasa terkilan itu menerusi Instastory miliknya pada Khamis.

Selain itu, menerusi ruangan komen, Alyah dilihat turut membalas beberapa komen yang ditinggalkan netizen.

"Takkan nak duduk atas riba? Tak bergambar kata macam-macam.

"Bila dah bergambar pun ada sahaja salahnya. Aduh, pening! tulisnya.

Alyah sebelum ini terpalit kontroversi rumah tangga selepas sebuah statusnya memberitahu dia berasa penat apabila perlu berpura-pura bahagia.

Datin Alyah, Datuk Ramli MS

Artikel Lain