suria

“Kau tunggu aku kat akhirat nanti setan!” - Adibah Yunus bengang akaun FB palsu 'upload' gambar lama tak tutup aurat

Akaun Facebook palsu menyamar dirinya sehingga ada peminat mempercayai dia menguruskan laman tersebut.

KEWUJUDAN akaun palsu menggunakan nama selebriti sudah kerap berlaku dan kali ini pelakon Adibah Yunus pula menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab di laman Facebook.

Menurut Adibah, pengendali akaun palsu itu memuat naik foto lama sebelum dia mengenakan tudung hingga membuatkan peminat mempercayai dia menguruskan laman tersebut.

"Kenapa dah report banyak kali tapi still ada? Fasal fikir akaun palsu kau buat itu habis kerja aku, duk goreng tempe sampai hangus.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Niat Sembunyi Kahwin” – Hazwan & Adibah Yunus

"Kasihan pengikut yang percaya, dia layan semua orang yang komen dekat situ, muat naik semua gambar lama yang Adibah post di Instagram ini.

"Tempe ku hitam sehitam hati kamu wahai pemilik akaun palsu 'Adibah Yunus' di Facebook page," katanya.

Menerusi Instagram, Adibah meluahkan rasa berang terhadap akaun palsu menggunakan namanya di laman Facebook.

Pelakon drama Andainya Takdir 2 ini berkongsi rasa bengang itu di Instagram pada Khamis.

Sementara itu, Adibah turut meminta peminat melaporkan kepada Facebook mengenai akaun palsu tersebut.

Malah, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika individu tersebut masih berdegil dan enggan memadam akaun berkenaan.

Akaun palsu menyamar menjadi dirinya dan memuat naik foto lama sehingga menimbulkan fitnah.

"Diba tak ada akaun Facebook, tolong lah report Facebook ini. Kau tunggu aku kat akhirat nanti setan! Apa yang kau dapat buat fitnah macam ini?

"Tolong report... ke Diba kena buat laporan polis?," ujarnya.

Hasil carian mStar mendapati akaun tersebut masih boleh dilawati dan memiliki lebih 6,000 pengikut.

Sebelum ini beberapa selebriti turut menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang menyamar menggunakan identiti mereka di laman tersebut antaranya, Anuar Zain, Baby Shima, Izzue Islam dan Aweera.

Adibah Yunus

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan