BEKAS vokalis Exist, Mamat memberitahu dia merancang untuk mendapatkan rawatan di pusat pemulihan bagi menangani masalah ketagihan yang dihadapinya. Memetik laporan Berita Harian, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin, 41, berkata dia bakal mendapatkan rawatan itu selepas komitmen bersama pihak penganjur iaitu Shiraz Projects selesai hujung September ini. ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Exists lega dapat teruskan konsert, bebas reman kes dadah dengan jaminan polis ARTIKEL BERKAITAN: Bakal adakan konsert reunion 28 September ini, Mamat Exists dicekup polis miliki dadah "Saya mula menyimpan hasrat untuk berubah sejak setahun lalu, cuma waktu itu tiada dorongan kuat. "Kini saya mendapat sepenuh galakan daripada anggota Exists dan pihak penganjur. Mamat meluahkan hasrat untuk mendapatkan rawatan masalah ketagihan dialaminya. "Insya-Allah, saya akan mendapatkan rawatan sebaik sahaja konsert kami selesai nanti," ujarnya. Dalam pada itu, Mamat yang menyesali perbuatannya itu turut memohon maaf kepada pihak yang terkesan dengan insiden penangkapannya itu. Malah, Mamat berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya itu. "Saya memohon maaf kepada peminat dan pihak media yang sudah menguar-uarkan konsert ini. Apa yang berlaku sebelum ini adalah di luar jangkaan saya. Jujurnya, saya sendiri terkejut dan rasa bersalah kerana mengecewakan semua pihak dengan insiden penangkapan itu. Jujurnya, saya sendiri terkejut dan rasa bersalah kerana mengecewakan semua pihak dengan insiden penangkapan itu. MAMAT Penyanyi "Cuma, saya tidak boleh menjelaskan secara terperinci kejadian yang berlaku kerana ia masih dalam siasatan polis. "Sekarang, saya hanya mahu memandang ke hadapan dan menumpukan perhatian pada persiapan konsert ini,” katanya lagi. Terdahulu, Mamat ditahan pihak polis kira-kira pukul 11.30 malam Ahad selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kesalahan dadah ketika sedang menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru. Penyanyi itu kemudiannya dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis.