suria

Isteri PU Abu buka purdah... “Hari-hari orang luar minta saya buka, mereka kata saya tak layak pakai”

Hana mohon maaf kepada netizen yang kurang senang dengan tindakan dia berkongsi foto tanpa memakai purdah.

BARU-BARU ini netizen menyedari mengenai penampilan terkini isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa yang tidak lagi mengenakan purdah.

Rata-rata mereka mempertikaikan mengenai tindakan tersebut serta mempersoalkan keikhlasannya sebelum ini.

Namun bagi Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, kata-kata kecaman yang dilemparkan netizen terhadapnya menjadi salah satu punca dia mengambil tindakan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu dibelasah samseng? Foto kesan calar, luka di tangan bikin netizen bimbang

"Sebenarnya saya jadi terganggu apabila diasak orang luar yang hari-hari minta saya buka purdah, mereka kata saya tak layak pakai.

"Tapi sejujurnya walaupun purdah itu bukan satu kewajipan dalam Islam, tapi saya memang betul-betul ikhlas memakainya.

Nama PU Abu dan Hana sentiasa menjadi perhatian netizen semenjak kontroversi yang melibatkan mereka pada April lalu.

"Saya berpurdah bukan kerana manusia tetapi kerana Allah dan diri sendiri. Saya baru lagi belajar, masih mentah dan lemah dalam bab-bab ni.

"Saya harap semua orang boleh doakan saya agar sentiasa sabar dan terus istiqamah dalam menjaga diri serta penampilan," kata Hana kepada mStar.

Hana diminta mengulas mengenai tindakannya berkongsi semula foto-foto dia tidak mengenakan purdah di laman Instagram baru-baru ini.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Hana dan menganggap usahawan itu seperti berpura-pura memakai purdah sebelum ini.

Dalam pada itu, Hana menghargai teguran netizen sama ada yang positif atau negatif biarpun tidak mengenali dirinya secara peribadi.

Tapi saya nak berterima kasih kepada yang beri nasihat dan juga yang masih baik dengan saya walaupun tak kenal saya secara peribadi, hanya melalui info media sahaja.

Hana Azraa

Isteri PU Abu

"Saya nak minta maaf secara terbuka kepada semua yang menyedari tentang isu ini. Agak hebat juga maklum balas yang saya terima. Baik dan buruk.

"Saya dapat macam-macam komen daripada netizen terutama melalui DM (mesej peribadi) di Instagram. Terima kasih kepada yang mendoakan dan menasihati saya," ujarnya.

Usahawan produk kosmetik ini juga berharap dia dapat menjadi contoh yang baik untuk semua wanita.

Sebelum ini, perkahwinan Hana dan penceramah bebas itu menjadi persoalan apabila netizen membuat spekulasi mereka berkahwin di Thailand.

Bagaimanapun, menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, PU Abu menegaskan dia dan isterinya berkahwin di Malaysia bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.

Hana Azraa, Pu Abu Sufyan

Artikel Lain