suria

Issey diserang netizen gara-gara seiras suspek kes pukul bekas isteri dan bapa mentua - “Memang muka sama, tapi kalau tak pasti, jangan kongsi”

Issey akui wajahnya seiras dengan suspek yang terlibat dengan kes pukul bekas isteri dan bapa mentua yang tular baru-baru ini.

GARA-GARA mempunyai wajah seiras, penyampai radio Suria, Issey, memberitahu dia dikaitkan dengan suspek kes pukul bekas isteri dan bapa mentua yang tular baru-baru ini.

Menurut Issey, 32, kekeliruan itu berpunca disebabkan segelintir netizen tidak membaca laporan penuh mengenai kes itu dan hanya membuat andaian berdasarkan tajuk dan foto suspek sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu kehilangan ibu, Issey berang ditanya mengenai rumah pusaka “Soalan bodoh daripada orang cerdik”

"Selagi tidak menyentuh sensitiviti atau menjatuhkan maruah saya, saya tak ada masalah dikaitkan dengan kes itu. Lagipun, saya rasa kelakar bila ada netizen ingat saya adalah suspek kes pukul itu.

Seorang wanita menyerang Issey gara-gara menyangkakan pengacara itu adalah suspek kes pukul bekas isteri.

"Itulah padahnya apabila hanya baca tajuk saja tapi tak baca cerita penuh. Sebagai netizen atau sesiapa saja, tajuk sangat penting sebab itu ada cerita penuh juga.

"Memang muka kami sama, tapi kalau tak pasti, jangan kongsi. Periksa maklumat dahulu. Jangan terlalu taksub nak menghentam tapi tak tahu apa," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Issey ada memuat naik paparan skrin komen seorang wanita meluahkan rasa marah dan mencadangkan orang ramai untuk memboikot aktiviti seninya di Instagram gara-gara menyangkakan dirinya adalah suspek tersebut.

Sekiranya ada masalah, pukul bukan jalan penyelesaian sebab ada banyak lagi cara.

Issey

Penyampai radio Suria FM

Kes berkenaan tular di media sosial selepas video seorang doktor wanita cedera di kepala selepas dipukul bekas suami yang juga seorang doktor dalam kejadian di Jalan Utarid, Sungai Buloh pada 4 September lalu.

Lelaki itu juga turut memukul kepala bapa mangsa ketika dalam perjalanan pulang dari mahkamah.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan lelaki berkenaan pada 9 September lepas namun dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

Dalam pada itu, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin ini turut berkongsi pandangannya mengenai kes tersebut.

Issey memberi nasihat kepada para suami di luar sana.

"Wanita adalah anugerah kepada lelaki dan anugerah itu tidak boleh dikianati tetapi kena hargai. Sekiranya ada masalah, pukul bukan jalan penyelesaian sebab ada banyak lagi cara.

"Kalau dah berbincang pun tetap tak berjaya, kita kan ada mahkamah. Bukan untuk bercerai tapi untuk bertanya pendapat daripada orang yang lebih arif tentang perkara itu.

"Kalau dah marah sangat, apa kata beredar sahaja daripada tempat itu untuk mengelakkan sebarang provokasi antara kedua pihak," ujarnya.

Issey, pukul, bekas isteri, doktor

Artikel Lain