suria

“Kenapa kau orang bakar hutan?” - Ibu, isteri dan anak-anak Haziq (Hot FM) jatuh sakit akibat jerebu

Haziq bimbang kesihatan dua anaknya yang dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas. Foto Instagram @haziq_hotfm

ANAK kepada penyampai stesen radio Hot FM, Haziq dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan demam panas kesan jerebu teruk yang melanda negara.

Menurut Haziq atau nama sebenar Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 29, kedua-dua anaknya iaitu Heidy dan Chayra ditahan serentak di wad yang sama setelah mengalami simptom tersebut sejak enam hari lalu.

"Budak-budak ni tak tahu apa pun. Jerebu pun tak kenal. Bacaan IPU pun mereka tak tahu. Tapi dia orang jadi mangsa. Batuk tak henti, nafas laju, bunyi kuat, enam hari demam panas.

ARTIKEL BERKAITAN: "Anak saya batuk berkahak, sampai biru muka" - Haziq cemas bayi usia sebulan terpaksa kuarantin

"Tiap malam muntah, bangun pukul 3 pagi masuk ubat bontot, seksa budak-budak ni.

Haziq berkongsi mengenai kesihatan anaknya di Instagram.

"Semoga anak-anak daddy kembali sihat and happy mcm biasa. Love you kiddo!," katanya.

Haziq berkongsi mengenai kesihatan anaknya itu menerusi Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, pengacara program Muzik-Muzik ini turut meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang melakukan pembakaran terbuka.

Ujarnya, tindakan pentingkan diri itu telah menyebabkan jerebu teruk sehingga mengganggu kesihatan orang ramai.

Ibu dan isteri Haziq turut mendapatkan rawatan di hospital.

"Kenapa kau orang bakar hutan? Main bakar sampah merata woi!

"Empat orang aku sayang semua masuk hospital, tolong doakan mereka kembali sihat," ujarnya.

Sementara itu, menerusi Instastory, Haziq turut berkongsi foto ibu dan isterinya menerima rawatan di hospital.

Sebelum itu, Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri, 27, pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Haziq, Hot FM

Artikel Lain