PELAKON Mira Filzah yang diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 berkata kemenangan tersebut terlalu awal bagi dirinya yang baru empat tahun berada dalam industri. Bagaimanapun, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, bersyukur dan menganggap ia sebagai satu tanggungjawab yang besar buat dirinya kepada masyarakat. ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah paling popular! Menang besar di ABPBH32 "Sejujurnya saya tidak berharap untuk menang kategori utama, saya dan kelab peminat hanya sasarkan kategori tertentu sahaja. "Saya baru empat tahun tahun dalam industri dan bagi saya seseorang artis yang dikenali selalunya mengambil masa lima tahun. "Kemenangan ini satu kebetulan yang Allah tetapkan, orang nampak saya sebab drama dan filem sedang ditayangkan ketika ini," ujarnya kepada mStar. Mira dan Remy Ishak menang kategori Gandingan Serasi Drama. Mira Filzah menepati ramalan apabila diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular ABPBH32 yang berlangsung di Pusat Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad. Mira mengenepikan saingan terdekatnya Janna Nick, DJ Lin dan Fattah Amin dengan enam juta undian. Pelakon Pujaan Hati Kanda ini turut memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Remy Ishak. Mira sampai satu tahap macam "eh jangan sampai tak tidur!" MIRA FILZAH Pelakon Dalam pada itu, Mira menerusi laman sosial Instagram mengucapkan terima kasih kepada kelab peminat yang berusaha mengundi untuk kemenangannya. "Kamu semua bekerja sangat kuat untuk ini. Terima kasih untuk semua tenaga, masa dan duit korang. Gila. Mira sampai satu tahap macam "eh jangan sampai tak tidur!" "Daily routine has to go on as usual! Biar ada berkat. Takut Allah marah nanti jika kira terlalu fokus dunia. Kata Mira, dia juga berjanji untuk menjadi contoh yang baik kepada masyarakat menerusi laman sosialnya. "Kemenangan ini disebabkan undian peminat, jadi tunjukkan sebaik mungkin sisi baik di media sosial agar ia menjadi contoh yang baik kepada masyarakat," ujarnya.