suria

Trofi akan diserahkan kepada BTS, wakil Army mohon maaf terlalu 'over' - “Siapa tak excited artis kesayangan menang?”

Wakil Army, Mastura mengakui terlalu teruja ketika menerima trofi kemenangan BTS di ABPBH32, Ahad lalu.

AKSI teruja wakil kelab peminat kumpulan kpop BTS semasa menerima trofi kemenangan di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32), baru-baru ini mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Ada yang melabelkan wakil kelab peminat yang digelar sebagai Army Malaysia itu terlalu over sehingga memburukkan nama peminat-peminat BTS yang lain.

Menurut wakil Army yang dikenali sebagai Mastura Jamil, dia mengakui kesilapannya yang tidak melakukan sebarang persiapan untuk mewakili kumpulan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis Kpop - BTS pakai Baju Melayu kiriman peminat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang orang Malaysia macam ni ke?” - Peminat tempatan malu portal luar lapor PU Syed gelar BTS 'syaitan'

"Pada awalnya saya hanya datang sebagai penyokong, sehinggalah BTS diumumkan sebagai pemenang dan wakil Berita Harian minta untuk saya naik ke pentas menerima trofi.

"Memang saya tak buat apa-apa persiapan, baik ucapan mahupun pakaian. Mungkin kerana terlalu teruja sampaikan nampak macam over pula. Iyalah, siapa yang tak excited apabila penyanyi kesayangan menang sesuatu anugerah.

Mastura enggan ambil pusing dengan komen netizen yang menghentamnya di laman sosial.

"Saya sedar ramai yang kecam di laman sosial, jadi sebagai manusia biasa saya nak memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan apa yang saya lakukan," katanya kepada mStar.

Pada Ahad lalu, kumpulan BTS memenangi kategori Artis Korea Popular di Anugerah Bintang Popular ke-32 (ABPBH32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Biarlah orang nak troll sekalipun yang penting kami semua enjoy dan datang untuk sokong BTS!

MASTURA JAMIL

Penyokong kumpulan BTS (Army Malaysia)

Edisi kali ini, pelakon Mira Filzah diangkat sebagai Bintang Paling Popular.

Sementara itu, Mastura berkata dia tidak kisah dengan kritikan netizen dan segelintir penyokong BTS yang mempersendakan penampilannya di pentas tersebut.

Baginya, setiap orang mempunyai pendapat peribadi dan dia tidak berkecil hati dengan apa jua komen yang dilemparkan mereka.

Kumpulan BTS memiliki kelompok peminat dari seluruh dunia.

"Lantaklah orang nak kata apa pun, niat saya pada waktu itu hanya naik atas pentas untuk ambil trofi bagi pihak BTS.

"Ada juga ahli Army yang lain tanya kenapa saya tak bersiap sedia dengan ucapan dan pakaian sebagainya... saya terangkan semula saya datang sebagai penyokong dan tak sangka akan jadi wakil untuk naik pentas.

"Biarlah orang nak troll sekalipun yang penting kami semua enjoy di sana dan datang untuk sokong BTS," katanya yang mula mengenali kumpulan Kpop popular ini melalui anaknya.

Dalam pada itu, Mastura turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya penganjur Berita Harian menumpang populariti BTS dalam anugerah yang dianjurkan mereka.

Secara peribadi, wanita berusia 50 tahun ini berpendapat muzik adalah universal dan tidak salah akhbar tersebut membenarkan penyertaan penyanyi dari negara luar.

Trofi kemenangan akan diserahkan kepada pihak pengurusan BTS di Korea dalam masa terdekat.

"Setiap orang mungkin ada pandangan tersendiri, tapi bagi saya tak salah BH menyertakan kategori penyanyi luar kerana muzik ini luas.

"Kalau kita lihat, stesen radio pun ada carta lagu membabitkan penyanyi Kpop yang mana peminat perlu mengundi bagi memastikan penyanyi kesayangan mereka kekal.

"Jadi sama sahaja seperti ABPBH, mereka mengikut perkembangan semasa dan tiada istilah menumpang populariti mana-mana pihak. Itu pandangan sayalah!," ujarnya.

Ditanya mengenai trofi kemenangan tersebut, Mastura memberitahu dia sudah berbincang dengan beberapa pengendali Army Malaysia untuk menghantar hadiah tersebut ke Korea Selatan.

Trofi tersebut akan diserahkan kepada pengurusan BTS iaitu Big Hit Entertaiment menggunakan pos dalam masa terdekat.

ABPBH32, BTS, Army Malaysia

Artikel Lain