PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas empat bulan tidak mendapat tawaran kerja awal tahun lalu. Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 36, berkata, kehidupannya hanya bergantung kepada bayaran sebagai penyampai radio dan hos program MeleTOP. ARTIKEL BERKAITAN: “Rasanya tak beri kesan pun” - Nabil Ahmad ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pening’ punya hal, Nabil Ahmad ditawar jadi duta produk sakit kepala “Sejujurnya sejak tukar kerajaan, saya akui memang perjalanan kerjaya sedikit terjejas. Permulaan tahun 2019 sukar untuk saya sekeluarga. Empat bulan Nabil tiada tawaran. “Empat bulan saya duduk rumah, tak ada job disebabnya semua job yang saya dah lock dari tahun lalu dibatalkan atas faktor tertentu. Kebanyakan tawaran yang saya terima melibatkan majlis atau acara kerajaan terdahulu. “Jadi, sepanjang empat bulan itu saya hanya bergantung pada bayaran jadi penyampai radio dan pengacara MeleTOP. Ketika itu memang saya hanya kerja hari Selasa sahaja, pagi di radio manakala malam di program MeleTOP pula,” katanya kepada mStar. Nabil ditemui ketika majlis pelancaran produk LUPK, LUPKTV dan single terbaharu berjudul LUPK di Vaporboy di Kajang pada Isnin. Nabil cari peluang dalam bisnes. Disebabkan perkara itu, Nabil berkata, dia mula mencuba nasib dalam bidang bisnes vape yang kini sedang menjadi trend anak muda. Namun, dia sedar, perniagaan dan produk itu bukan untuk golongan kanak-kanak bawah umur. “Alhamdulillah karier seni saya dah okay dan berjalan seperti biasa. Sebab itulah, saya kena cari jalan untuk melabur duit dan sekarang pula memang tengah trend, jadi saya ambil peluang itu. “Tapi fokus saya hanya pada pengguna saja dan kehadiran saya dalam perniagaan ini pun bukan untuk mempengaruhi sesiapa. Bagi saya, perkara ini lebih kepada kesedaran diri” ujarnya.